Rundingan selama lebih empat jam di Kremlin, Moscow itu disertai (dari kiri) Merkel, Putin dan Hollande. |
Menurut laporan AFP, jurucakap kerajaan Moscow, Dmitry Peskov memaklumkan keputusan itu dibuat selepas rundingan selama lebih empat jam antara Presiden Rusia, Vladimir Putin, rakan sejawatnya dari Perancis, Francois Hollande dan Canselor Jerman, Angela Merkel, di Kremlin, kelmarin.
"Kesemua pemimpin tersebut bersetuju untuk merangka pelan tindakan tersebut yang turut mengandungi cadangan daripada Presiden Ukraine, Petro Poroshenko," katanya tanpa memberi butiran lanjut mengenai rancangan terbabit.
Menurutnya lagi, rundingan itu menunjukkan perkembangan positif dan mereka kini sedang menyediakan dokumen berkaitan untuk melaksanakan perjanjian terbabit.
Sementara itu, Hollande menyifatkan usaha mereka itu sebagai jalan terakhir bagi meredakan konflik di Ukraine.
"Langkah tersebut juga bertujuan untuk mengelakkan peperangan tercetus di negara bekas Soviet itu," jelasnya.
Dalam satu kenyataan lain, Merkel pula berpendapat tindakan ketenteraan bukan jalan penyelesaian terbaik untuk menamatkan krisis antara tentera kerajaan dan kumpulan pemisah pro-Rusia yang berlarutan selama 10 bulan.
No comments:
Post a Comment