Sunday, April 19, 2015

Syukur dapat kahwin

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein 
izlaily@hmetro.com.my

Johor Bahru: "Tidak perlu malu, yang penting kita selamat diijabkabulkan kerana itu yang wajib," kata ejen perkapalan, Saifullah Zakaria, 28, selepas menyertai majlis perkahwinan bersama 18 pasangan pengantin lain pada majlis Raja Sehari Mega, di sini, hari ini.
Saifullah bersama isterinya, Izati Ibrahim, 27, memilih perkahwinan sederhana dengan perbelanjaan sekadar RM5,000 berkata, soal bagaimana cara melangsungkan perkahwinan tidak penting, asalkan apa yang wajib didahulukan.
Menurutnya, jika tiada program anjuran Pertubuhan Belia Wawasan Baharu (PBWB) itu, kemungkinan besar dia dan isteri masih belum berkahwin kerana kekangan wang yang tidak mencukupi memandangkan perbelanjaan perkahwinan kini mencecah lebih RM30,000.
"Bayangkan ramai pasangan yang belum berkahwin kerana tidak cukup wang berikutan mahukan majlis kahwin yang gilang-gemilang.
"Bagaimanapun, bagi saya, tidak perlu malu dengan perkahwinan bajet rendah, malah patut rasa bersyukur kerana dapat menjimatkan wang dan mengelakkan hutang serta pembaziran," katanya.
Dia yang berasal dari Muar dan isterinya itu adalah antara 19 pasangan raja sehari yang menyertai majlis perkahwinan di bawah program berkenaan dengan hanya mengeluarkan belanja maksimum RM5,000.
Mereka dinikahkan enam jurunikah yang diketuai oleh Kadi Besar Negeri Johor, Mohd Nooh Kadri.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2015 @ 11:16 PM


PASANGAN raja sehari, Muhammad Rahmat Shahri (kanan) dan Nur Assyilla Zainal (kiri) bersama 18 pasangan lain bergambar dengan mas kahwin masing-masing selepas selamat diijabkabulkan pada Majlis Raja Sehari Mega di Masjid Al Muttaqin, Taman Sutera, Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaludin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44551#sthash.8fvmjjgh.dpuf

No comments:

Post a Comment