Sunday, April 19, 2015

Tak sanggup ‘lepas’ anak


Agensi
Bangkok: Seorang budak perempuan berusia dua tahun yang mati akibat kanser otak menjadi orang paling muda di dunia dibekukan dengan harapan dapat dihidupkan kembali menggunakan kemajuan sains.
Matheryn Noavaratpong dihentikan daripada menggunakan mesin sokongan hidup Januari lalu selepas mati akibat kanser otak yang dikesan selepas kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital apabila gagal bangun tidur, tahun lalu.
Doktor menemui ketumbuhan 11 sentimeter di dalam otaknya dan terus membawanya untuk pembedahan bagi membuang separuh daripada tumor berkenaan.
Ibu bapanya dimaklumkan bahawa peluang untuk Matheryn sedar daripada koma sangat tipis, namun kanak-kanak itu mula sedar tidak lama selepas itu.
Ayahnya, Sahatorn Naovaratpong berkata: “Kami memutuskan untuk melawan penyakit itu”.
Beberapa bulan kemudian, dia menjalani beberapa pembedahan yang akhirnya mengakibatkan 80 peratus bahagian kiri otaknya terpaksa dibuang, namun malangnya kanser merebak ke seluruh organ itu.
“Ketika itu kami menyedari perjuangannya sudah berakhir. Keluarga dan saudara-mara memeluknya buat kali terakhir sebelum dia dipisahkan daripada mesin sokongan,” katanya.
Keluarganya sempat menghubungi Alcor Life Extension Foundation - pertubuhan terbesar yang menawarkan pengawetan manusia yang dipanggil cryonics - seterusnya otak Matheryn diekstrak serta dipelihara dalam keluli tahan karat dan bekas vakum dipenuhi cecair nitrogen.
Tubuhnya pula dimasukkan ke dalam peti sejuk beku sehingga penawar dijumpai selain kaedah membantu badannya membesar diperoleh.
“Ia memerlukan perancangan menyeluruh dan kami tidak sabar untuk mengetahui keputusannya. Apapun yang terjadi kami akan berfikiran positif,” kata Sahatorn.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44810#sthash.9xVKErG6.dpuf

No comments:

Post a Comment