Thursday, May 7, 2015

Aktiviti pendakian Everest ditutup



AFP - GAMBAR fail bertarikh 26 April ini menunjukkan pasukan penyelamat mengusung mangsa yang tercedera di Base Camp Everest selepas berlaku runtuhan salji akibat gempa bumi.


KATHMANDU – Kerajaan Nepal menutup Gunung Everest daripada sebarang aktiviti pendakian musim ini berikutan laluan ke Base Camp rosak akibat runtuhan salji, lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).
Sekurang-kurang 22 pendaki terbunuh dan 217 lagi masih hilang berdekatan Base Camp. Runtuhan salji yang berpunca daripada gempa bumi kuat itu menyebabkan ratusan orang termasuk pendaki asing terperangkap di sana.
Pasukan khas sherpa dikenali sebagai doktor runtuhan ais yang ditugaskan oleh Sagarmatha Pollution Control Committee (SPCC) memberitahu, beberapa runtuhan salji berlaku selepas gempa bumi berukuran 7.9 magnitud itu.
Ia menyebabkan kerosakan teruk pada laluan Eve­rest dan tidak dapat diperbaiki musim ini.
“SPCC mengumumkan penutupan laluan pendakian musim ini atas nasihat daripada pasukan khas sherpa tersebut,” ujar Pengerusi SPCC, Ang Dorjee Sherpa.
Sekurang-kurangnya 1,000 pendaki termasuk 400 warga asing berada di Base Camp ketika gempa bumi pada 25 April lalu. – Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0506&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3ZQYNfYfF 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment