Jakarta: Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) mengaku mengamalkan meminum beberapa jenis jamu sejak 17 tahun lalu.
Katanya, dia memakan jamu campuran kunyit dan halia pada setiap hari untuk menambahkan stamina serta menyegarkan badan.
“Saya sudah 17 tahun mengamalkan minum jamu berasaskan kunyit dan halia pada setiap pagi.
“Kunyit dan halia ini saya beli dipasar dan ditumbuk sebelum dibuat minuman,” katanya.
Jokowi memberitahu perkara itu ketika merasmikan pembukaan Persidangan Pengusaha Jamu dan Ubat Tradisional Indonesia di Istana Presiden, kelmarin.
Ujarnya, jamu yang diamalkan itu sangat berkhasiat dan memberikan beliau tenaga untuk bertugas sepanjang hari.
“Kunyit ini juga baik untuk kesihatan kerana ia membaiki fungsi hati,” jelasnya. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53655#sthash.o0GilQhN.dpuf
No comments:
Post a Comment