Johor Bahru: Seramai 43 pasangan berkongsi hari bahagia bersama dalam Karnival Walimatul Urus Mega Parlimen Pulai yang dilangsungkan di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini, hari ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51167#sthash.r8x8PWag.dpuf
Program itu bertujuan membantu pasangan yang kurang berkemampuan dan mereka dinikahkan dalam majlis akad nikah yang diketuai oleh Kadi Besar Johor Mohd Nooh Kadri.
Walimatul Urus Mega mengenakan bayaran RM1,000 bagi setiap pasangan dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia, selain pengantin bertuah turut menerima pakej mengerjakan umrah dan penginapan bulan madu di hotel secara percuma.
Ia anjuran Parlimen Pulai disokong MotoBina Sdn Bhd, Ayam Penyet Ori, Pulai Spring Resort, KL International Hotel dan Laman Langat Travel & Tour Sdn Bhd.
Seorang peserta Haslinda Hussin, 29, dia dan pasangannya Rakesh Khan Abdul Rahan, 35, bersiap seawal 3 pagi bagi menyertai majlis bersejarah itu.
Haslinda yang bekerja sebagai kerani berkata, program berkenaan sangat baik berikutan memberi peluang kepada setiap pasangan mempermudahkan urusan perkahwinan dan berharap ia diteruskan pada masa akan datang.
"Kami menjadi pasangan pertama dinikahkan dalam program ini dan ia menjadi satu kenangan yang akan diabadikan sehingga hayat," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2015 @ 7:36 PM
No comments:
Post a Comment