10 Mei 2015 12:17 AM
PESAWAT Jet Airways penerbangan 9W063 dengan 200 penumpang membuat pendaratan cemas selepas kapten kapal jatuh sakit ketika pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Bangkok ke Delhi. AGENSI
NEW DELHI 9 Mei – Seorang penumpang sebuah pesawat Jet Airways muncul sebagai wira apabila dia membantu pembantu juruterbang pesawat berkenaan menerbangkan dan mendaratkan pesawat itu dengan selamat di sini selepas kapten pesawat itu jatuh sakit.
Ketika kejadian, pesawat Jet Airways penerbangan 9W063 yang membawa 200 penumpang itu sedang dalam penerbangan dari Bangkok ke Delhi pada Rabu lalu sebelum kapten pesawat itu, Rajnish Malhotra tiba-tiba jatuh sakit dan hilang upaya untuk mengendalikan pesawat berkenaan.
Pembantu juruterbang, Samir Malhotra kemudiannya mengambil alih tugas mengendalikan pesawat itu sebelum mengumumkan situasi kecemasan itu.
Kebetulan salah seorang penumpang di dalam pesawat itu merupakan seorang juruterbang syarikat Jet Airways dan dia telah membantu Samir menerbangkan dan mendaratkan pesawat itu dengan selamat.
Jurucakap Jet Airways memberitahu Mail Online, pembantu juruterbang telah mengambil alih tugas sebagai komander pesawat dan mengumumkan situasi kecemasan selepas kapten pesawat Rajnish Malhotra jatuh sakit dan terpaksa diberi rawatan oleh seorang doktor yang turut menaiki pesawat itu.
“Sebagai sebahagian daripada program latihan kami, krew penerbangan Jet Airways secara rutin dilatih berdepan situasi kecemasan seperti ini yang mungkin boleh berlaku kepada penerbangan lain,’’ katanya.
Sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di sini, pesawat itu dibiarkan berada di landasan kapal terbang sebelum ditunda kerana hanya kapten pesawat dibenarkan membawa pesawat ke tempat penumpang diturunkan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penumpang-jadi-hero-1.90015#sthash.v0Hb1HbE.dpuf
No comments:
Post a Comment