Saturday, May 2, 2015

Syarikat jual kasut tumit tinggi untuk bayi dikecam



SALAH seorang bayi menggayakan sepasang kasut tumit tinggi sambil berbaring di atas kerusi. - AGENSI


PENNSYLVANIA, Amerika Syarikat – Inisiatif sebuah syarikat di sini mempromosikan produk berupa kasut tumit tinggi untuk bayi menerima kritikan hebat golongan ibu bapa.
Iklan gambar-gambar bayi yang memakai kasut tumit tinggi tanpa baju dan hanya berseluar dalam satin itu dibuat melalui laman web Pee Wee Pumps.
“Kasut tumit tinggi direka hanya untuk satu tujuan iaitu tarikan seksualiti wanita,” kata seorang ibu.
Tambahnya, wanita sudah cukup matang untuk membuat pilihan, namun memakaikannya pada bayi merupakan sesuatu yang tidak wajar.
Terdapat enam koleksi kasut yang ditawarkan pada harga £20 (RM109) sepasang. Antaranya dinamakan Wild Child, Sassy dan Diva.

Dilancarkan pada Oktober tahun lalu, Pee Wee Pumps memberitahu, pihaknya sudah berjaya menjual lebih 1,000 pasang kasut tumit tinggi tersebut di Britain dan Amerika Syarikat. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0502&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3Yw7EvXBy 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment