RECEP TAYYIP ERDOGAN
ISTANBUL 23 Mei – Turki semalam menangkap 43 penentang kerajaan di Konya dalam satu serbuan ke atas penyokong Fethullah Gulen, seteru Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Agensi berita Anatolia melaporkan mereka yang ditahan termasuk bekas anggota polis dan pegawai pendidikan serta bekas rektor Universiti Mevlana di Konya.
“Waran tangkap pada awalnya dikeluarkan ke atas 50 orang suspek,” kata laporan itu.
Suspek yang ditahan semalam akan disoal siasat, sebelum mereka didakwa atau dibebaskan.
Penahanan tersebut dilakukan dua minggu sebelum Pilihan Raya Umum yang bakal diadakan pada 7 Jun ini ketika penyokong Gulen didakwa cuba membentuk sebuah negara dalam usaha menggulingkan Erdogan.
Berpuluh-puluh serbuan dilakukan terhadap penyokong Gulen sejak musim panas tahun lepas.
Gulen yang merupakan bekas sekutu Erdogan, berjaya meningkatkan pengaruhnya sejak beberap tahun lepas terutama dalam kalangan polis dan penguatkuasa serta melalui kepentingan dalam sektor pendidikan dan kewangan.
Pihak berkuasa menuduh Gulen mendalangi dakwaan rasuah terhadap Erdogan dan sekutunya pada Disember 2013.
No comments:
Post a Comment