Wednesday, May 13, 2015

Wanita Ditikam 32 Kali Terima Kejutan Kedua


Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 5:23 PM

SEORANG wanita yang ditikam sebanyak 32 kali oleh bekas teman lelakinya sekali lagi menerima kejutan di atas padang besbol pada Isnin.
Jika sebelum ini dia melalui pengalaman ngeri tetapi kali ini Melissa Dohme, 22, dikejutkan dengan lamaran daripada Cameron Hill, 40.
Dalam kejadian pada 2012, Melissa ditikam sebanyak 32 kali di leher dan muka oleh Robert Lee Burton dan hampir maut.
Bagaimanapun wanita terbabit bernasib baik apabila berjaya diselamatkan oleh Hill yang merupakan pasukan perubatan.
Selepas tiga tahun Melissa berkenalan dengan lelaki yang menyelamatkannya, dia akhirnya dilamar untuk hidup bersama dengan lelaki berkenaan.
Lamaran itu dibuat di atas padang besbol Tropicana sebelum perlawanan melibatkan Tampa Bay Rays menentang Yankees.
Kisah Melissa ketika cuba dibunuh turut mendapat perhatian orang ramai yang ngeri terhadap kejadian berkenaan.
Hill juga mendakwa wajah Melissa ketika ditemui di tempat kejadian adalah paling ngeri pernah dilihat sepanjang 17 tahun bertugas sebagai pasukan perubatan.

No comments:

Post a Comment