Wednesday, June 3, 2015

Wanita bertudung menang saman di AS






WASHINGTON – Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) kelmarin memihak kepada seorang wanita yang memfailkan saman diskriminasi selepas tidak dibenarkan bekerja di bahagian jualan pada usia 17 tahun di kedai pakaian Abercrombie & Fitch Co., Oklahoma kerana dia memakai tudung disebabkan tuntutan agama.
Dalam keputusan 8-1, mahkamah berkenaan menyokong Samantha Elauf yang tidak diterima sebagai kakitangan Abercrombie kerana penampilannya.
Samantha hadir pada sesi temuduga kerja dengan memakai tudung kepala yang dipakai oleh ramai wanita Islam.
Keputusan tersebut menandakan kemenangan kepada Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Sama Rata (EEOC), sebuah agensi persekutuan yang mendakwa syarikat itu bagi pihak Samantah selepas dia dihalang bekerja pada 2008 di kedai pakaian kanak-kanak Abercrombie di Tulsa.
“Pematuhan saya kepada agama tidak sepatutnya dijadikan halangan untuk saya mendapat pekerjaan. Saya berbangga berjuang untuk saya dan gembira EEOC membawa aduan saya ke mahkamah,” ujarnya.
Samantha yang kini berusia 24 tahun menang gantirugi AS$20,000 (RM74,008) terhadap Abercrombie di sebuah mahkamah daerah persekutuan. Penghakiman itu kemudian dibatalkan oleh sebuah mahkamah rayuan di Denver yang memihak kepada Abercrombie sebelum dibatalkan oleh mahkamah tinggi AS. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0603&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3bwe0KSIU 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment