Solo: Persiapan majlis perkahwinan putera sulung Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) pada minggu depan berjalan lancar.
Majlis perkahwinan Putera Jokowi, Gibran Rakabuming Raka dan pasangannya, Selvi Ananda dijadualkan pada 11 Jun ini.
Majlis akan diadakan di dewan Graha Saba Buana dan dua hari sebelum majlis berlangsung lebih 1,000 anggota polis serta tentera Indonesia dikerahkan untuk menjaga keselamatan.
Ketua polis Solo, Ahmad Lutfi berkata, pihak berkuasa mengetatkan kawalan kerana tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku ketika majlis berlangsung.
“Kawalan keselamatan bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Adi Sumarno hinggalah ke lokasi perkahwinan.
“Beberapa lokasi lain termasuk pasar raya dan hotel turut dikawal ketat.
“Seramai 1,863 anggota keselamatan yang akan bertugas sepanjang majlis itu berlangsung,” katanya.
Menurutnya, 633 anggota keselamatan ditempatkan di lokasi tetap iaitu tempat majlis perkahwinan diadakan.
“Selebihnya akan dihantar mengawasi beberapa lokasi popular di bandar ini bagi mengelak sebarang kemungkinan buruk,” jelasnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2015 @ 10:07 AM
No comments:
Post a Comment