TINDAKAN ahli Parlimen Argentina, Victoria Donda Perez menyusukan bayinya ketika sidang Parlimen baru-baru ini, mengundang kontroversi apabila ada pihak merasakan aksi itu kurang sopan. AGENSI
BUENOS AIRES 24 Julai - Naluri seorang ibu tidak akan dapat disembunyikan, walau dalam situasi apa sekalipun, dan keadaan itu dibuktikan oleh seorang anggota Parlimen wanita di Argentina, yang sanggup melakukan apa sahaja demi anak kecilnya yang kelaparan, walaupun perbuatannya itu memalukan dirinya sendiri.
Portal Mail Online melaporkan, anggota Parlimen berkenaan, Victoria Donda Perez, bertindak ‘membuka bajunya’ di Parlimen, di sini awal bulan lalu ketika dewan bersidang semata-mata untuk menyusukan anak perempuannya yang berusia lapan bulan.
Bagaimanapun tindakan Perez, 37, mengundang kritikan pelbagai pihak yang menganggapnya tidak sesuai pada majlis rasmi.
Beberapa keping gambar Perez sedang menyusukan bayinya di Parlimen tersebar di media sosial awal bulan ini dan menimbulkan keadaan kurang selesa, namun tidak kurang juga yang memuji sikapnya yang sanggup melakukan apa sahaja demi anaknya.
Perez yang asalnya seorang aktivis hak asasi dan juga seorang peguam, muncul sebagai wanita paling muda dipilih menjadi nggota Kongres Kebangsaan Argentina pada 2007 dan sejak itu, ahli politik itu dikenali sebagai ‘Dipusex’ atau anggota Parlimen seksi.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Juana melahirkan rasa kagum dengan sikap Perez itu di Twitter,
“Saya mengagumi Perez kerana ramai ibu muda hari ini sanggup meninggalkan anak mereka, walaupun masih menyusu badan sedangkan mereka mengetahui susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi,” tulisnya.
Ada juga pengguna media sosial yang tidak selesa dengan tindakan Perez yang dianggap kurang sopan.
“Anda sepatutnya lebih sopan walaupun mahu menyusukan bayi,” ujar Zuzanne.
No comments:
Post a Comment