Kuala Lumpur: Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail memfailkan saman terhadap Datuk Shamsubahrin Ismail selepas ahli perniagaan itu memuat naik kenyataan memfitnahnya di laman sosial Facebook.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62035#sthash.ECrA0IHW.dpuf
Tuntutan saman itu difailkan melalui Tetuan Al Firdaus Syed Ismat di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini, semalam.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Mohamad Salleh sebagai plaintif mendakwa Shamsubahrin yang sebelum ini adalah bekas perunding di NFCorp memuat naik enam kenyataan berbaur fitnah membabitkan dirinya di Facebook antara 19 Mei hingga 23 Jun lalu.
Shamsubahrin yang menggunakan nama Shamsubahrin Ismail Tom di akaun Facebooknya didakwa memuat naik kenyataan fitnah selepas Hakim Mahkamah Sesyen, Rozilah Salleh menjatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan terhadapnya atas kesalahan menipu membabitkan RM1.75 juta dan 17 pertuduhan pengubahan wang haram.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi, ganti rugi teruk, kos dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Mohamad Salleh juga memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan atau ejennya daripada menerbitkan semula perkataan-perkataan berunsur fitnah itu.
Mohamad Salleh turut hadir dan ditemani peguamnya Al Firdaus Shahrul Naing dan Syed Ismat Syed Muhamad.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2015 @ 7:10 AM
No comments:
Post a Comment