Saturday, July 4, 2015

PM Berhak Ambil Tindakan Terhadap WSJ - KJ


Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 3:59 PM
Khairy Jamaluddin

BANGI: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyokong keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Wall Street Journal (WSJ).
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, dakwaan WSJ terhadap Perdana Menteri itu tidak boleh diterima kerana ia tidak disokong dokumen dan bukti kukuh.
"Menjadi hak beliau untuk mengambil tindakan undang-undang kerana ia tuduhan yang serius. Malahan, Najib telah berkata, ia tidak benar, begitu juga organisasi yang berkaitan dengan dakwaan itu turut memaklumkan pembabitan mereka juga tidak benar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan pada forum bertajuk 'Kesepadanan Integriti Generasi Akan Datang' di sini.
Khairy berkata, menjadi satu bebanan untuk membuktikan bahawa pihak terbabit yang membuat dakwaan itu tidak benar dan bukannya terhadap tertuduh.
"Mereka boleh katakan apa saja dan mendakwa mempunyai dokumen, tetapi selagi ia tidak berasa ia kekal sebagai tuduhan sedemikian.
"Jadi, Perdana Menteri berhak untuk mengambi tindakan undang-undang," katanya.
Pada Jumaat, WSJ mendakwa hampir AS$700 juta (RM2.63 juta) dana 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.
Setiausaha Politik Najib, Datuk Muhammad Khairun Aseh memberitahu sebuah akhbar harian mengenai tindakan undang-undang yang akan dikenakan terhadap WSJ.
Pejabat Perdana Menteri ketika memberi maklumbalas berhubung isu sama berkata ia adalah "sabotaj politik"

No comments:

Post a Comment