Monday, July 13, 2015

Periksa sayur Jong-un guna mikroskop

Pyongyang: Kerana bimbang diracun, diktator Korea Utara Kim Jong-un mengarahkan setiap helai daun salad yang disajikan kepadanya diperiksa secara teliti.
Pihak berkuasa tertinggi negara itu kini memeriksa semua sayur yang ditanam di ladang Jong-un, ‘6.17,’ menggunakan mikroskop sebelum disajikan kepadanya.
Sumber di Pyongyang mendedahkan, proses pemeriksaan semakin rumit selepas khabar angin menyatakan Jong-un, 32, semakin fobia dengan sayur yang dihidangkan untuknya,
“Sayur yang dipilih secara teliti diperiksa oleh unit yang ditetapkan setiap hari sebelum pemeriksaan terakhir dilakukan.
“Mikroskop digunakan untuk mengesan racun, toksin dan elemen berbabaya lain. Hasil tanaman itu tidak diperiksa di peringkat ladang saja. Ia akan dibawa ke Biro Pengiring untuk mendapatkan ‘lampu hijau’ sebelum disajikan kepada pemimpin itu,” kata sumber itu kepada akhbar Daily NK yang berpejabat di Korea Selatan
Selain itu, mereka yang ada ‘songbun,’ hubungan keluargaan dan setia kepada parti Komunis yang memerintah Korea Utara saja dibenar menjadi pegawai ladang dan mereka perlu lulus menjadi doktor sebelum itu.
“Pegawai ladang ialah penduduk Pyongyang yang mempunyai ‘songbun’ dan status serta lulusan dari Universiti Perubatan Pyongyang. Mereka mengambil masa beberapa minit untuk memeriksa sehelah daun salad,” kata sumber itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2015 @ 6:54 AM


GAMBAR fail menunjukkan Kim Jong-un (membongkok) memeriksa hasil pertanian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63969#sthash.RfUn7yGx.dpuf

No comments:

Post a Comment