Thursday, July 2, 2015

Solat tanpa tamakninah tidak sah


KERATAN laporan berita sebuah stesen TV yang memaparkan mengenai solat tarawih 23 rakaat termasuk witir dalam tempoh tujuh minit di sebuah pesantren di wilayah Jawa Timur, Indonesia. Video mengenai solat tarawih pantas itu menjadi viral di Malaysia baru-baru ini.


PUTRAJAYA – Menunaikan solat dengan terburu-buru dan tanpa tamakninah (berhenti sekejap) pada setiap pergerakan adalah tidak sah menurut Mazhab Syafie.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohd. Al-Bakri (gambar) berkata, kesempurnaan solat terletak pada ketertiban seseorang itu dalam melakukan setiap pergerakan dan khusyuk ketika melaksanakan ibadah tersebut.
Sehubungan itu, beliau berpandangan perbuatan melakukan solat tarawih 23 rakaat termasuk witir tidak sampai tujuh minit oleh sebuah pesantren di Indonesia adalah tidak sah dan tidak boleh diikuti rakyat negara ini.
“Tamakninah adalah pen­ting kerana ia merupakan syarat kesempurnaan solat, selain menjadi tanda kita melakukannya dengan khusyuk. Malah menurut Mazhab Syafie, tidak sah solat jika melakukannya tanpa tamakninah.
“Perkara ini ditekankan menerusi banyak hadis yang menyatakan solat tidak perlu dilakukan secara cepat dan terburu-buru sehingga mencacatkan ibadah tersebut,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Pondok Moden Al-’Abaqirah di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0702&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3egHoDYz5 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment