Thursday, July 2, 2015

Zahid Kata The Edge Patut Tahu Artikel Manakah Yang Bawa Masalah


Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 2:42 PM
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan yang Kumpulan Media The Edge patut tahu artikel 1MDB yang manakah yang dilihat sebagai tidak tepat dan mengelirukan para pembaca sehingga menyebabkan mereka menerima surat tunjuk sebab daripada kementerian berkenaan.
"Siapa yang makan cili dia patut rasa pedas jadi tak payah tanya kita lah artikel yang mana yang bawa masalah. Mereka patut tahu...," katanya kepada para pemberita pada Khamis.
Zahid berkata demikian ketika diminta komen berhubung kenyataan media The Edge pada Rabu yang mahu pihak kementerian menjelaskan artikel manakah yang mereka maksudkan sebagai tidak tepat dan mengelirukan mengenai 1MDB sehingga diberi surat tunjuk sebab. 

No comments:

Post a Comment