Monday, August 24, 2015

Haramkan korban unta

Riyadh: Dalam usaha untuk mengekang merebaknya Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) dalam kalangan jemaah haji, pihak berkuasa Arab Saudi mengharamkan unta dijadikan haiwan korban sebagai sebahagian daripada ibadah berkenaan tahun ini.
Unta dipercayai punca virus berkenaan dan pegawai kesihatan mengesyaki haiwan itu memainkan peranan utama dalam menyebarkan jangkitan MERS di Asia Barat, khususnya Arab Saudi, negara paling teruk terjejas.
Sepanjang 48 jam lalu, Kementerian Kesihatan negara itu melaporkan tiga lagi kematian dan 15 kes baru.
Jurucakap kementerian Khaled Al-Mirghalani memberitahu wartawan, pihaknya berbincang dengan pegawai pihak berkuasa tempatan Makkah bagi mengharamkan penyembelihan unta untuk menyempurnakan ibadah haji tahun ini.
“Apabila persetujuan dicapai, kita akan mengumumkan pengharaman itu secara rasmi,” katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, jemaah yang ingin memilih unta sebagai haiwan korban boleh berbuat demikian menerusi Bank Pembangunan Islam atau Bank Al-Rajhi memandangkan skim seumpama itu tidak memberi kesan secara langsung kepada jemaah.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2015 @ 7:15 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72529#sthash.F0x07tps.dpuf

No comments:

Post a Comment