Monday, August 24, 2015

Omar mati dibunuh?


Kabul: Pengasas dan bekas pemimpin Taliban Mullah Omar dilaporkan diracun dan mati dibunuh oleh orang kanannya sendiri, Mullah Akhtar Mansour.

Satu sumber keselamatan memberitahu Daily Mail, Akhtar Mansour menembak mati Omar selepas pemimpin itu enggan melantiknya sebagai pemimpin Taliban yang baru.

Pembunuhan itu didedahkan oleh bekas komander Taliban, Omar Khitab yang mendakwa Omar yang sakit dijadikan ‘tawanan’ oleh Mansour dan pengikutnya selama dua tahun.

Mansour juga dipercayai meletakkan racun dalam ubat Omar menyebabkan pemimpin itu semakin tenat.

“Ketika semakin nazak, Omar mahu menyampaikan wasiat bagi menyerahkan kepimpinannya.

“Bagaimanapun, Mansour memberitahu Omar, dia tidak boleh melantik orang lain sebagai ketua kerana dia kini mengetuai kumpulan itu,” katanya.

Namun, Omar berkata, dia tidak akan menyerahkan kepimpinan Taliban kepada orang yang membuat kejahatan.

“Mansour yang tidak berpuas hati dengan penjelasan itu kemudian mengeluarkan pistol dan menembak Omar di muka dan di perut,” jelasnya.

Kata Khitab, pembunuhan itu berlaku pada tengah hari 23 April 2013 di tempat persembunyian Taliban di Zabul, selatan Afghanistan.

Katanya, dia juga pernah melawat kubur Omar di Zabul tetapi kubur pemimpin itu tidak didedahkan kepada umum.

Taliban pada 30 Julai lalu mengesahkan kematian Omar akibat sakit dan tidak lama selepas itu Mansour diumumkan sebagai pengganti walaupun terdapat beberapa pihak yang tidak berpuas hati.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Ogos 2015 @ 5:03 AM
OMAR


MANSOUR

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72417#sthash.elNn7S49.dpuf

No comments:

Post a Comment