PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pada Isnin, hasil siasatan Pasukan Petugas Khas mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukannya dari dana 1MDB, sebaliknya ia adalah sumbangan penderma.
Kata kenyataan itu lagi, laporan hasil siasatan berhubung isu dana RM2.6 bilion itu telah pun dirujuk dan dimaklumkan kepada peguam negara.
SPRM menjelaskan, bahawa semasa Pasukan Petugas Khas dibentuk untuk menyiasat kes ini, mereka (SPRM) dipertanggungjawabkan ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menjalankan siasatan berkaitan dengan 1MDB dan Bank Negara Malaysia (BNM) pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.
Kenyataan akhbar berkenaan menyebut walau bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana sebanyak RM4 bilion masih belum selesai dan masih diteruskan oleh mereka.
"SPRM sekali lagi memberi jaminan, siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Diharapkan semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh," tegas kenyataan itu lagi.
Mengenai siasatan polis ke atas kakitangannya, SPRM menjelaskan yang mereka akan memberi kerjasama sepenuhnya.
"SPRM mengulangi bahawa tiada pegawai SPRM yang terlibat dalam konspirasi mahu menjatuhkan kerajaan. Tindakan yang diambil oleh SPRM adalah jelas semata-mata bagi menjalankan tugas dan fungsinya sebagai sebuah suruhanjaya yang bebas.
"Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuklah kerajaan," ujar kenyataan itu.
Dan sebagai suruhanjaya yang bebas, katanya, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa rasa takut atau berpihak dan tanpa mengira siapa yang terlibat.
SPRM menurut kenyataan itu lagi tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.
"SPRM dengan itu menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan mengenai perkara ini selesai," tegas kenyataan tersebut.

No comments:
Post a Comment