Najib Tun Razak
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disahkan tidak akan terlibat secara langsung dengan Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) yang akan bermula esok hingga Jumaat.
Mengesahkan perkara tersebut, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Mustafar Ali berkata, Najib tidak akan hadir ke persidangan yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
"Beliau (Najib) tidak akan hadir sebagai panel dan tidak akan beri ucapan pada persidangan esok," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.
Mustafar dalam pada itu turut mengesahkan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan akan merasmikan persidangan IACC esok.
"Perasmian akan dilakukan oleh Paul Low dan bukan Najib. Selain merasmikan persidangan esok, beliau juga akan memberikan ucapan sebagai salah satu panel pada bengkel yang akan berlangsung dalam persidangan ini," katanya lagi.
Persidangan IACC merupakan persidangan peringkat antarabangsa yang digariskan khusus untuk menentang dan memerangi rasuah di setiap negara yang terlibat.
Lebih 130 negara dikatakan menghantar wakil masing-masing untuk berkongsi ilmu dan maklumat untuk dijadikan panduan dalam membasmi gejala rasuah di negara yang terlibat.

No comments:
Post a Comment