Monday, October 26, 2015

Ahmed dapat semula jam kontroversi


Irving (Amerika Syarikat): Pelajar yang ditangkap selepas membawa jam buatannya ke sekolah dan disangka bom, memperoleh semula ciptaan kontroversinya itu.

Ahmed Mohamed semalam memuatnaikkan gambarnya dengan jam itu di Twitter dengan menulis: “AKHIRNYA DAPAT SEMULA JAM SAYA.”


Seorang jurucakap Jabatan Polis Irving berkata, jam berkenaan diambil oleh peguam Ahmed.

Selasa lalu keluarga remaja itu berkata, Ahmed akan menyambung persekolahannya di Qatar.

Ahmed, 14, yang menjadi sensasi di Internet selepas gambarnya digari ketika ditangkap di sekolahnya bulan lalu, menerima tawaran daripada Yayasan Qatar untuk menyertai Program Pereka Muda.

“Ini bermakna, kami sekeluarga akan berpindah ke Qatar, tempat Ahmed menerima biasiswa sepenuhnya untuk menyambung persekolahannya di peringkat menengah dan universiti,” menurut kenyataan yang dikeluarkan keluarganya.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas remaja berkenaan hadir di upacara ‘malam astronomi’ anjuran Presiden Barack Obama di Rumah Putih. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 5:05 AM

GAMBAR dari akaun Twitter Ahmed menunjukkan dia bersama jam kontroversinya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/88146#sthash.rVTkeRW0.dpuf

No comments:

Post a Comment