SACRAMENTO – Seorang wanita di California menjemput golongan gelandangan di sekitar bandar raya ini untuk menghadiri majlis perkahwinan mewahnya yang terpaksa dibatalkan baru-baru ini.
Quinn Duane, 27, sepatutnya mengahwini teman lelakinya yang dikenali sejak empat tahun dalam satu majlis berharga AS$35,000 (RM150,000) di hotel empat bintang, Hotel Citizen di sini.
Bagaimanapun, majlis itu tidak dapat dilangsungkan selepas pengantin lelaki menarik diri dan enggan berkahwin. Ekoran itu, Duane telah menghubungi ibunya, Kari pada Isnin lalu supaya menyebarkan pembatalan majlis perkahwinan tersebut.
Oleh kerana semua pembayaran telah dibuat, Duane dan ibunya kemudian mengubah fikiran untuk tidak membatalkan acara tersebut. Mereka sebaliknya menganjurkan sebuah majlis makan malam percuma kepada golongan yang memerlukan.
Duane kemudiannya memohon sebuah pusat perlindungan tempatan untuk membantu menguar-uarkan majlis terbabit dan mencari keluarga serta kanak-kanak gelandangan untuk menikmati hidangan mewah seperti salad, hidangan gnocchi, salmon dan stik.
“Awak terpaksa mengharungi detik sukar dan terpaksa berkorban, semoga awak diberkati,” ujar seorang tetamu, Rashad Abdullah yang hadir bersama isterinya, Erika dan lima anak mereka.
Dalam majlis itu, kira-kira 90 orang gelandangan dapat mengisi perut dengan hidangan lazat dan mahal secara percuma. – Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3pFALsODd
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment