Thursday, October 22, 2015

Trudeau dilabel PM paling seksi



AP - Trudeau (tengah) merakam gambar selfie bersama seorang peminat wanita pada satu perhimpunan di Ottawa, Kanada kelmarin.


OTTAWA – Perdana Menteri Kanada yang baharu, Justin Trudeau mendapat jolokan ahli politik paling seksi di dunia oleh media di dalam dan luar negara selepas kemenangannya dalam pilihan raya umum negara itu baru-baru ini.
“Adakah Treudeau ahli politik paling seksi di dunia?” menurut tajuk akhbar Mirror di Britain.
“Sudah pasti.” lapor laman berita Australia, news.com.au.
“Pengundi sudah membuat pilihan dan Kanada kini mempun­yai seorang pemimpin yang kacak dan seksi,” menurut laman berita itu.
Pada masa yang sama, seke­ping gambar yang dirakam pada 2012 memaparkan Trudeau tidak berbaju selepas menyertai perlawanan tinju dengan Senator Patrick Brazeau menjadi viral di internet
Mendiang bapanya, Perdana Menteri Pierre Trudeau dikenali ramai kerana kehidupan sosialnya. Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau menjalinkan hubungan dengan beberapa bintang filem termasuk Barbra Streisand sebelum mengahwini aktres berumur 22 tahun, Margaret Sinclair.
Beliau mempunyai tiga orang anak bersama Margaret termasuk Trudeau sebelum mereka bercerai
Namun, berbeza dengan ba­panya, Trudeau cuba menampilkan imej seorang lelaki yang komited kepada keluarganya.
Trudeau, 43, berkahwin de­ngan bekas pengacara televis­yen, Sophie Gregoire sejak 2005 dan mereka dikurniakan tiga orang anak. – AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3pFAXmJ6O 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment