PETALING JAYA: Menentu Perdana Menteri, Daniyar Kesikbayev mengugut untuk menyaman Ahli Parlimen Raub, Mohd Ariff Sabri berikutan penyiaran artikel yang menyebut mengenai dirinya.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan firma guaman Messrs Noorhajran Mohd Noor pada Selasa, Kesikbayev menangguhkan semua hak sivil dan jenayah sehingga kes itu dibawa ke mahkamah.
Ahli Parlimen DAP itu mengeluarkan artikel menerusi laman webnya, Sakmongkol AK47 bertajuk “Faulty Reward System and Changeable Governments” yang disiarkan pada Selasa.
Ia disiarkan menerusi portal berita Malaysia Chronicle pada hari sama dengan tajuk "Son-in-law Daniyar to be Najib's new 'Jho Low': Disquiet over contract to renovate Govt's office in New York."
Artikel itu menyebut, bangunan kediaman wakil tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) di New York akan menjalani pengubahsuaian besar-besaran dalam masa terdekat menerusi projek berbilion dollar.
Projek itu didakwa diperoleh Kesikbayev.
Kesikbayev yang bernikah dengan anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak , Nooryana Najwa menuntut supaya artikel itu ditarik balik serta merta.
Beliau juga mahu pihak berkenaan memohon maaf dalam masa 48 jam.
Firma guaman itu menyebut kenyataan wakil rakyat DAP itu sebagai tidak benar: "Ia berniat jahat, tidak berasas dan penipuan yang boleh menggugat reputasi anak guam kami, Daniyar Kesikbayev dan nama baik keluarganya."
"Perkataan yang ditulis Mohd Ariff Sabri adalah berniat untuk memburukkan reputasi Daniyar Kesikbayev." tambahnya.
No comments:
Post a Comment