AHAD, 22 NOVEMBER 2015 @ 4:24 PM
Oleh Magendran Rajagopal dan Syed Azwan Syed Ali
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menegaskan peperangan menentang militan Negara Islam (IS), bukan peperangan menentang Islam.
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Barack Obama. - Foto AP |
Ia adalah memerangi keganasan merentasi agama, kaum dan latar belakang.
Presiden AS itu juga menegaskan rantau Asia sebagai kritikal dalam menangani keganasan global.
Obama berkata demikian pada sidang media di sini sebentar tadi bagi mengakhiri lawatan tiga hari ke Malaysia hari ini.
Obama tiba di sini sejak Jumaat bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS Ke-3 dan Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-10 sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.
No comments:
Post a Comment