CHANGCHUN - CHINA. Seorang jutawan muda yang pernah menghasilkan kekayaan mencecah berjuta yuan akhirnya jatuh miskin selepas membuka sebuah pusat perlindungan bagi anjing jalanan.
Memetik laporan sebuah portal antarabangsa, ia dilakukan oleh seorang demi melindungi haiwan terbabit daripada mati dibunuh atau hidup terbiar.
Wang Jan, 29, dilaporkan telah menyelamatkan hampir 1,000 anjing terbiar selepas dia kehilangan anjing kesayangannya.
"Saya cuba cari anjing saya, tetapi tak jumpa. Kemudian seseorang cadangkan saya cari di rumah sembelihan haiwan, tetapi apa yang saya jumpa (lihat) di sana lebih menyedihkan daripada apa yang saya dapat bayangkan," katanya.
Memetik laporan itu lagi, selepas kunjungan tersebut, Wang Jan akhirnya membuat keputusan untuk membeli rumah sembelihan terbabit serta menjadikan sebuah kilang besi lama sebagai tempat perlindungan haiwan itu.
Menurut Wang Jan, kini pihaknya hanya memiliki 215 anjing manakala selebihnya telah pun diambil dan dipelihara oleh orang lain.
Disebabkan tindakannya itu, Wang Jan kini terpaksa menanggung bebanan hutang yang tinggi.
Katanya, dia tidak mengharapkan derma dari orang ramai, sebaliknya hanya berharap orang ramai akan memelihara anjing-anjing yang berada di rumah perlindungan terbabit.

No comments:
Post a Comment