AKIBAT salahguna parkir yang dikhaskan untuk orang kurang upaya (OKU), seorang pemandu diketawakan orang ramai selain tindakannya tersebut dirakam dan dimuatnaik ke laman Youtube.
 
Menurut sebuah video yang dimuatnaik pada 24 Jun lepas, pelekat kertas telah ditampal di seluruh kenderaan lelaki berkenaan sebagai tanda protes penyalahgunaan parkir khas OKU.
 
Lelaki berkenaan kelam kabut membuka pelekat tersebut untuk mengelakkan malu sebelum berlalu pergi.
 
Orang ramai yang berkumpul mentertawakan lelaki tersebut sepanjang kejadian tersebut berlaku.
 
Video tersebut yang sudah ditonton lebih 600,000 pelayar dikatakan dirakam di Maringa, utara Brazil.
 
Hampir seratus peratus pelayar mengkritik tindakan lelaki tersebut yang disifatkan mementingkan diri sendiri, biadab malah memandu kenderaan secara merbahaya.
 
"Lelaki tersebut patut disaman! Terlalu ramai orang yang menyalahgunakan parkir khas OKU!" kata Lorena, berasal dari Brazil.
 
"Kepada sesiapa yang menampal pelekat berkenaan, anda adalah perwira kami," kata Andre.
 
"Lelaki ini kini popular kerana sikapnya yang sangat teruk," kata Veronica Ojeda.