SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan saman difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) tidak melibatkan beliau, Kerajaan Malaysia atau 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara langsung.
“Saya ingin menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh DOJ baru-baru ini tidak membabitkan saya atau Kerajaan Malaysia atau 1MDB secara langsung.
“Saman berkenaan menamakan lima individu. Ia bukannya saman jenayah tetapi saman sivil,” katanya dalam temu bual dengan stesen televisyen Indonesia, Metro TV di Jakarta, kelmarin.
Najib mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Jakarta dari 2 hingga 4 Ogos lalu sempena Rundingan Tahunan ke-11 antara Perdana Menteri dan Presiden Republik Indonesia serta Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-12 (WIEF Ke-12).
Baru-baru ini, Peguam Negara Amerika, Loretta Lynch mengumumkan DOJ memfailkan saman sivil bagi merampas semula aset berkaitan 1MDB dalam pengubahan wang haram yang bernilai lebih AS$1 bilion.
Dalam dokumen saman difailkan itu terdapat lima nama disebut iaitu anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz; ahli perniagaan Jho Low; Tan Kim Loong dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
Saman itu turut menyebut nama Malaysian Offical 1 yang dirujuk sebagai pegawai atasan Malaysia namun tidak menamakan siapa individu tersebut.
Menurut Najib, isu 1MDB merupakan isu perniagaan tetapi telah dipolitikkan oleh musuh tertentu.

No comments:
Post a Comment