Monday, October 8, 2012

Bashir ke penjara Alcatraz

Abu Bakar Bashir
Abu Bakar Bashir
Jakarta: Ulama Indonesia yang dipersalahkan atas kegiatan keganasan, Abu Bakar Bashir, 74, dipindahkan ke penjara kawalan paling ketat di pulau Nusa Kambangan, atas sebab yang belum dinyatakan pihak polis.
Pembantu Bashir, Hashim Abdullah yang melawat ulama berkenaan setiap hari di pusat tahanan Ibu Pejabat Polis Kebangsaan bagi menjaga keperluannya berkata, pemindahan dilakukan secara tiba-tiba.

Bashir yang dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun, pada 2011 akan ditempatkan di Pusat Tahanan Batu di Nusa Kambangan, yang diberi gelaran ‘Alcatraz Indonesia’ berikutan kawalan keselamatan paling ketat yang dikenakan.
“Beliau dipindahkan pada jam 10.45 malam hari Jumaat tetapi diberitahu hanya pada jam 9 malam. Ketika itu saya sudah pulang ke rumah. Jadi saya kembali semula untuk mengambil barangan kepunyaannya selepas beliau menghubungi saya menggunakan telefon bimbit milik anggota unit anti keganasan (Densus 88),” katanya.

Hashim berkata, Bashir yang dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun, pada 2011 akan ditempatkan di Pusat Tahanan Batu di Nusa Kambangan, yang diberi gelaran ‘Alcatraz Indonesia’ berikutan kawalan keselamatan paling ketat yang dikenakan.

Tahanan yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh, pengganas, pengedar dadah dan mereka yang didapati bersalah melakukan rasuah, biasanya dihantar ke penjara di pulau itu yang terletak tidak jauh dari bandar Cilacap, di pesisir pantai selatan pulau Jawa.

Kesalahan keganasan
Pusat Tahanan Batu, juga pernah menempatkan tiga pengebom Bali, iaitu Amrozi, Imam Samudera dan Mukhlas yang dihukum mati pada 2008, berikutan peranan mereka dalam serangan bom di pulau Bali.

Hasim berkata, Pasukan Peguam Islam (TPM) yang selalu mewakili tertuduh yang didakwa atas kesalahan keganasan ketika perbicaraan akan akan membuat penilaian terhadap pemindahan Bashir.

“Pemindahan Bashir dilakukan sebarang notis bertulis dan hanya dimaklumkan secara lisan. Pasukan TPM akan mempersoalkan perkara ini. Saya masih tidak tahu sebab beliau dipindahkan,” katanya.

Sementara itu akhbar online detik.com melaporkan Bashir tiba di Pelabuhan Wijayapura di Cilacap jam 9 pagi waktu tempatan dengan kawalan ketat.

Pantau kesihatan

Lima buah kenderaan bersenjata Densus 88 dan satu unit Briged Mobil (Brimob) mengiringi Bashir ke pelabuhan sebelum beliau menaiki bot menuju Nusa Kembangan
Ketua Pusat Tahanan Batu, Hermawan Yunianto berkata, Bashir akan ditempatkan di sebuah bilik pernah didiami tiga tahanan warga tua.

“Ini bagi membolehkan doktor memantau kesihatannya, kerana beliau sudah tua,” katanya.

Pemindahan Bashir dilakukan hanya beberapa hari selepas Bashir mengecam kerajaan Indonesia kerana bersikap terlalu ke atas Jawatankuasa Kebangsaan Papua Barat (KNPB), kumpulan pro kemerdekaan Papua yang didakwa merancang mengebom kawasan di wilayah itu minggu lalu.

Hashim berkata, Bashir juga marah berikutan layanan tidak adil diberikan kepadanya berbanding dengan anggota KNPB. - Agensi

No comments:

Post a Comment