Tuesday, February 15, 2011

Abu Bakar Bashir dikenakan tuduhan pengganasan, hadapi hukuman mati


MULA DIBICARA: Abu Bakar tersenyum setiba di mahkamah semalam. Dia menyifatkan tuduhan ke atasnya sebagai rekaan. -- Foto REUTERS



JAKARTA: Pendakwah bebas, Abu Bakar Bashir, didakwa di mahkamah semalam atas tuduhan merancang menggunakan senjata bagi serangan pengganas.Abu Bakar, 72 tahun, yang memimpin kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI), telah dua kali terlepas daripada tuduhan terlibat dalam kegiatan pengganasan.'Defendan Abu Bakar Bashir telah membuat rancangan atau menggerakkan anggota lain, secara haram.... menggunakan senjata api, peluru atau bahan letupan untuk melancarkan serangan pengganasan,' kata pendakwa raya, Encik Andi Muhammad Taufik, di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan, semalam.Secara keseluruhan, Abu Bakar menghadapi tujuh tuduhan, termasuk mengetuai dan membiayai aktiviti latihan paramilitari.Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum mati.Abu Bakar turut didakwa mengumpulkan dana berjumlah AS$140,000 ($179,242) bagi kumpulan baru, yang diberi nama 'Al-Qaeda di Aceh'.Kegiatan kumpulan itu terbongkar Februari tahun lalu. Ia dikatakan merancang membunuh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono semasa upacara Hari Kebangsaan Ogos lalu.Dana itu turut digunakan bagi membeli raifal dan menjayakan aktiviti pengganas di Aceh.'Senjata-senjata itu kemudian digunakan oleh peserta kem berkenaan untuk menyerang polis,' kata seorang lagi pendakwa raya, Encik Totok Bambang.Pada September lalu, lebih sedozen lelaki bersenjata yang menaiki motosikal menyerang sebuah balai polis di barat Indonesia, menyebabkan tiga pegawai terkorban.Lelaki bersenjata itu dipercayai ada kaitan dengan kumpulan pengganas di Aceh.Selepas tuduhannya dibacakan, Abu Bakar berkata: 'Secara prinsip, saya faham yang saya dituduh menjadi pemimpin sebuah kumpulan militan di Aceh. Tuduhan serupa itu adalah rekaan dan cakap-cakap kosong.'Kesnya sepatutnya bermula minggu lalu tetapi ditunda sehingga semalam atas sebab-se bab teknikal.Sementara itu, sebuah skrin besar diletak di kawasan letak kereta mahkamah semalam bagi membolehkan sekitar 200 penyokong Abu Bakar, kebanyakannya daripada kumpulan Jemaah Anshorut Tauhid (JAT) yang diasaskannya, mengikuti kes tersebut.Mereka datang dari kawasan Jawa Barat dan Jawa Tengah sejak awal pagi. -- AFP, AP, Reuters.Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment