Thursday, May 12, 2011

Tubuh kurus, berat melampau


DERITA...Rosyatinah memangku anaknya yang lumpuh selepas diserang penyakit misteri sejak dua tahun lalu.

DERITA...Rosyatinah memangku anaknya yang lumpuh selepas diserang penyakit misteri sejak dua tahun lalu.

KUANTAN: Doktor mengesahkan dia tidak menghidap sebarang penyakit, namun timbul pelbagai persoalan apabila susuk tubuhnya jauh berubah hingga kurus melidi sedangkan dia makan dengan banyak berbanding sebelum dia diserang penyakit misteri itu dua tahun lalu.
Lebih aneh, di sebalik tubuhnya yang kurus itu, Saila Alias, 25, yang kini mampu terbaring di atas tilam, cukup berat untuk diangkat, malah tidak cukup dengan kudrat dua orang dewasa.
“Pernah dua ahli keluarga kami cuba mengangkat Saila tapi tak mampu. Biarpun kurus, beratnya tidak masuk akal dan tidak setanding dengan fizikalnya,” kata ibunya, Rosyatinah Yon, 48.

Menurutnya, sebelum sakit dua tahun lalu, berat badan Saila kira-kira 49 kilogram (kg), namun sekarang bila dia diangkat beratnya dirasa bertambah lebih sekali ganda, dianggarkan tidak kurang daripada 100kg.


“Saya tak tahu berat sebenar Saila sekarang kerana sejak dia sakit kami tak pernah timbang memandangkan dia lumpuh,” kata ibu tunggal itu ketika ditemui di rumah adiknya di Taman Tas.
mymetro

No comments:

Post a Comment