Sunday, March 27, 2011

Buta, miskin tidak halang cemerlang SPM



Nor Izati Mohamad (kiri) berkongsi kegembiraannya bersama Zulaina Hussin di rumahnya di Kampung Pauh Lima, Pasir Puteh, Kelantan, baru-baru ini.


PASIR PUTEH 26 Mac - Buta mata tidak bererti buta hati. Itulah yang dibuktikan Nor Izati Mohamad, 18, apabila membuktikan kekurangan itu bukan halangan untuknya memperoleh keputusan cemerlang 6A dan 3B dalam Sijil Pelajaran Malaysia SPM yang diumumkan baru-baru ini.
Malah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Ismail, Gong Kedak itu juga menjadikan kemiskinan keluarganya sebagai pembakar semangat untuk berjaya dan mencapai cita-cita menjadi seorang pensyarah.
Justeru, anak tunggal kepada ibu tunggal, Zulaina Hussin, 41, ingin menghadiahkan kejayaan tersebut kepada ibunya yang hanya bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah rendah dengan pendapatan RM15 sehari.
"Bagi saya, kemiskinan bukanlah penghalang untuk menempa kejayaan, asalkan kita gigih dan sentiasa bekerja keras setiap masa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Lima, dekat sini.
Nor Izati mendapat A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Matematik, dan Kimia, manakala B bagi Matematik Tambahan, Biologi serta Kimia.
Dia sebelum ini pernah dianugerahkan pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah bagi kategori pelajar cacat peringkat negeri Kelantan pada 2010 setelah memperoleh 7A.
Menurutnya, tanpa sokongan ibunya, dia pasti tidak menjadi seseorang yang berjaya kerana setiap hari ibunya perlu berulang-alik menghantar dan mengambilnya dengan berjalan kaki dari sekolah yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumah mereka.

No comments:

Post a Comment