SHAH ALAM - Dakwaan bahawa penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia hanya mendapat sokongan 20 peratus pengurusan tertinggi Felda adalah tidak berasas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, dakwaan itu tidak disertai bukti kukuh malah kajian Boston Consulting Group (BCG) pada 18 Oktober 2011 yang dikemukakan PKR tidak mempunyai kredibiliti.
“Kalau mereka mahu dakwa, kemukakan bukti yang kukuh dan kajian terkini. Ini jelas menunjukkan pembangkang kini tiada kredibiliti untuk bercakap mengenai isu Felda.
“Mereka hanya cakap ikut suka sahaja malah tuduhan kata Felda bankrap juga tidak benar. Saya minta supaya semua pihak usah percaya cakap pembangkang kerana mereka adalah pembohong dan hanya tahu merapu,” katanya pada Sinar Harian, semalam.
Ahmad berkata, pihaknya tidak berminat mengambil tindakan undang-undang terhadap semua dakwaan dikemukakan pembangkang.
“Tidak perlu ambil sebarang tindakan undang-undang kerana segala dakwaan pembangkang terhadap Felda tidak relevan. Mereka suka mereka-reka keterangan tanpa disusuli fakta betul.
“Idea kerajaan untuk berkongsi kemakmuran dengan rakyat adalah unik dan menarik. Mereka khuatir kalau orang Felda sokong Barisan Nasional (BN), sebab itu mereka cuba mengelirukan pemikiran rakyat,” katanya.
Ketika ditanya mengenai dakwaan Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen bahawa urus niaga FGVH kini belum kukuh dan profil tanaman pokok matang hanya menunjukkan pertumbuhan 16 peratus berbanding syarikat maju yang memiliki 78 peratus, beliau menafikannya.
“Ini bukan dari fakta yang betul. Prospektus FGVHB akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kita akan lihat semua dakwaan pembangkang itu tidak benar.
“Ini semua usaha untuk memusnahkan niat baik yang dilaksanakan untuk rakyat,” katanya.

No comments:
Post a Comment