Beliau berkata, kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim itu tidak benar sama sekali dan ia hanyalah sekadar gosip politik.
"Saya ini orang UMNO, sudah 48 tahun menjadi ahli. Saya sebenarnya tidak mahu nak komen perkara ini kerana ia adalah gosip politik, lagi pun saya bukan untuk dijual beli, kalau ada orang lain sanggup jual diri itu dia punya hal.
"Jangan persoalkan kesetiaan saya kepada perjuangan UMNO, tidak kepada pemimpin kerana saya bukan kaki pengampu, yang salah saya tetap kata tidak betul," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini hari ini.
Beliau mengulas pendedahan Zahrain yang menyenaraikan beberapa nama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwa bersedia menyertai pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang pada 16 September 2008.
Selain Tengku Razaleigh, nama yang disebut ialah Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau) dan Datuk Enchin Majimbun (Bebas-Sepanggar).
Turut disebut Dr. Mohd. Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut).
Sementara itu, Tengku Razaleigh berkata, suasana politik di negara ini membimbangkan walaupun pertumbuhan ekonomi agak membanggakan.
Katanya, semua pihak perlu bekerjasama bagi memastikan keadaan itu pulih kembali dan tidak meletakkan tanggungjawab tersebut ke atas kerajaan semata-mata.
No comments:
Post a Comment