Friday, April 30, 2010

Budak ni akai dia dah masuk selut, tak dak akai


Pemuda Umno Mahu Bunuh TG Nik Aziz: Laporan Polis Akan Menyusul..

Label: 




Sumber : Herman Samsudin

Budak ini, Mohd Safuan Hilmi, pemuda umno Malaysia melalui laman sosial Facebook ingin membunuh Tuan Guru Nik Aziz.

Beliau berkata, "Aku sanggup dihukum gantung jika dapat bunuh Nik Aziz."

Bukan setakat itu, dia mengatakan TG Nik Aziz sebagai set*n dan bar*a.....

Laporan polis perlu dibuat terhadap "anak haram" ini!!

Kalau tak kerana pilihanraya


Klinik 1Malaysia Dibuka Di Hulu Selangor
HULU SELANGOR, 30 April (Bernama) -- Kawasan Hulu Selangor pada Jumaat mendapat Klinik 1Malaysia sendiri bertempat di Taman Bunga Raya di Bukit Beruntung.

Klinik itu dilancarkan oleh P. Kamalanathan, Anggota Parlimen baru Hulu Selangor, yang memenangi pilihanraya kecil pada Ahad lepas.

Pembukaan klinik itu bukti Barisan Nasional (BN) menunaikan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya kecil itu, kata Kamalanathan.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah memberi jaminan tersebut kepada penduduk Hulu Selangor untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada mereka.

"Inilah cara BN bekerja, BN akan memenuhi semua janji-janji BN yang telah dibuat pada kempen pilihan raya baru-baru ini dan akan menyelesaikan semua masalah yang dihadapi penduduk setempat," katanya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan kakitangan Kementerian Kesihatan kerana membantu menyegerakan perkhidmatan Klinik 1Malaysia di Hulu Selangor ini," kata Kamalanathan.

Sejak kemenangannya, beliau telah melakukan lawatan dan beramah mesra dengan penduduk setempat di Felda Sungai Buaya, Kuala Kubu Bharu, Taman Teratai dan Rasa.

-- BERNAMA

Peguam Negara Arah Polis Buat Siasatan Lanjut Kes Aminulrasyid



SHAH ALAM, 30 April (Bernama) -- Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata Peguam Negara mengarahkan polis melakukan siasatan lebih lanjut berhubung kes seorang remaja lelaki, Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati terkena tembakan polis pada Isnin lepas.

Beliau berkata arahan itu dikeluarkan selepas pihak Peguam Negara meneliti kertas siasatan yang telah diserahkan oleh polis Selangor pada Jumaat.

"Selepas kita laksanakan arahan ini, kita akan serahkan semula kertas siasatan kepada pihak Peguam Negara pada minggu hadapan untuk diteliti," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dilaporkan berkata kertas siasatan berhubung kes berkenaan telah dihantar kepada pihak Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya hari ini.

Musa berkata polis juga mengalu-alukan inkues dijalankan berhubung kes berkenaan bagi mengetahui kejadian sebenar dan punca insiden itu.

Khalid berkata sehingga hari ini keterangan lebih 20 saksi telah direkodkan bagi membantu siasatan.

Mereka termasuk anggota keluarga allahyarham Aminulrasyid dan penunggang motosikal yang dikatakan berlanggar dengan kereta yang dipandu remaja itu.

Bagaimanapun beliau berkata setakat ini pemandu kereta yang dikatakan dilanggar oleh allahyarham belum tampil untuk membantu siasatan.

Khalid berkata seorang lagi saksi kejadian yang juga jiran kepada Aminulrasyid telah tampil membuat laporan polis dan keterangannya diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini.

Pada kejadian pukul 2 pagi, Aminulrasyid mati terkena tembakan polis manakala rakannya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan Seksyen 11 di sini.

-- BERNAMA

Otak Penjajah- Tak boleh ceramah dalam masjid





Oleh: Pria Malaya

Bukan sahaja mempunyai kaitan dengan politik, malah demi politik seorang calon bukan Islam! (melawan calon seorang Islam).. mana mufti tersebut..apa komen beliau? bagaimana pula reaksi jika TGNA dan pemimpin2 PAS yang mengetuai pragram seperti ini? apakah akan dicop menguasai masjid demi kepentingan politik atau memecahbelahkan rakyat dan sebagainya?

Tidakkah program diatas juga boleh menimbulkan rasa tidak puas hati/rasa kecewa bagi ahli kariah yang bukan penyokong calon India/BN ini? bukankah ia juga boleh dikatakan boleh menimbulkan rasa tidak senang dan huru hara apabila di dapati terdapat majlis politik di dalamnya?

Kalau dikatakan masjid adalah tempat penyatuan dan haram berpolitik di dalamnya dibimbangi mencetuskan pergaduhan dan sebagainya, adakah berpolitik di luar masjid yang boleh mencetuskan huru hara dan sebagainya dibenarkan di dalam Islam?.. kenapa tidak diharamkan terus POLITIK itu samada dalam masjid atau diluar masjid jika hujah ini dihgunakan?

Memetik petikan dari Suara Keadilan..
...Tidak cukup dengan itu, PM 1Malaysia berjemaah di surau kampung dan mengisytiharkan peruntukan RM100,000 untuk bantuan masjid dan mendermakan sebuah van jenazah di surau berkenaan. Kalau Najib jujur kenapa tidak derma selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor? Beliau boleh pula cakap politik di rumah ibadat? Kalau Umno-BN semua halal dan ok.
Apakah ini semua bukan politik?..apakah jika ada pengishtiharan peruntukan/hadiah/kewangan oleh pemimpin parti politik semasa musim pilihanraya di masjid baru dikira 'tidak politik' kerana 'menceriakan' wajah ahli kariah? kalau hanya memberi ceramah/kuliah tanpa sebarang tawaran dan janji wang, ia dianggap sebagai politik?..

Hanya mereka yang tidak waras shj akan memandang isu diatas tidak kaitan dengan politik..walhal jelas, ianya juga ada perkaitan dengan politik, baik secara langsung mahupun secara tidak langsung..

Untuk yang terakhirnya, penulis menuntut pihak kerajaan, khususnya mereka yang mempunyai kuasa agama supaya mendefinisi maksud POLITIK yang sebenarnya...POLITIK mana yang dibenarkan dibicarakan/dilakukan di dalam masjid, dan POLITIK yang bagaimana diharamkan di dalam masjid...

Akhir kalam, penulis tetap dengan pandangan penulis, bahawa memisahkan politik dari Islam, atau kefahaman politik suku agama suku adalah membawa kepada kekufuran!..wallahua'lam...

Gambar terbaru arwah sebelum menemui ajal ditembak polis..



Posted by RAKYAT MARHAEN Jumaat, 2010 April 30



Gambar di atas (berbaju kuning) adalah antara gambar terbaru arwah Aminulrashid sebelum arwah meninggal dunia.. baju yang sama juga dipakai oleh arwah sewaktu arwah terbunuh akibat tembakan polis..

Rakan remaja ditembak polis mohon maaf pada ibu mangsa

SHAH ALAM, 29 April — Rakan Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak mati polis di Seksyen 11 di sini Isnin lalu, ada memohon maaf kepada keluarga mangsa kerana tidak dapat membantu kawannya ketika insiden meragut nyawanya.

“Saksi ada datang berjumpa saya dan meminta maaf kerana tidak dapat melindungi anak saya,” kata Norsiah Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid.

Saksi itu yang hanya dikenali sebagai Azam ada bersama Aminulrasyid (gambar) dalam kereta yang mereka naiki tetapi meninggalkan tempat kejadian semasa insiden.

Azam menemui Norsiah di rumahnya Isnin lalu. Norsiah tidak dapat ingat masa pertemuan mereka.

Menurut Norsiah, dia hanya dapat memeluk Azam sebagai memohon maaf.

Dia tidak mahu mengatakan hasil perbualan kerana tidak mahu Azam, yang merupakan saksi utama kejadian, diganggu.

Menurut Norsiah, saksi merupakan kawan baik kepada arwah sejak dari sekolah rendah lagi.

“Saksi dan anak saya merupakan kawan baik anak saya sejak dari sekolah rendah lagi. Lagipun kedua-dua mereka aktif dalam sukan seperti bola sepak dan olahraga,” kata Norsiah kepada The Malaysian Insider hari ini.

Norsiah berkata, hubungan allahyarham dengan keluarga saksi juga amat rapat seperti keluarga sendiri.

“Arwah baik dengan keluarga saksi begitu juga dengan jiran-jiran di sini. Kadang-kadang arwah akan ke rumah kawan-kawan untuk makan ataupun bermain,” katanya lagi ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 11 di sini.

Tembak Juvana : Satu Berita Tiga Cerita



Malam tadi, saya mengikuti berita di televisyen tentang arwah adik Aminulrasyid (15 tahun) yang ditembak mati oleh pasukan polis. Ketika ditemu ramah, pegawai polis ada menyatakan bahawa arwah disyaki suspek PENJENAYAH. Ketika diperiksa, polis menemukan sebilah PARANG! Sehingga pagi tadi masih terngiang-ngiang lagi perkataan PARANG dan PENJENAYAH.
By Anak Sungai Derhaka
Jika dibandingkan laporan awal yang dikeluarkan oleh Utusan dengan laporan susulan oleh media lain memang anda akan dapat mengesan pelbagai pencanggahan yang begitu jelas sekali. Kenyataan awal polis kepada pihak media amat-amat meragukan.

Kata mereka, ada PARANG di dalam kereta itu, sedangkan hal itu disanggah oleh Khalid Samad yang turut membawa rakan arwah yang berada di dalam kereta itu membuat laporan polis. Malah, budak itu mendakwa
turut dibelasah oleh pihak polis sebelum berjaya melarikan diri ke rumah.

Banyak sangat perkara yang meragukan berdasarkan kenyataan awal yang dikeluarkan oleh pihak polis. Hal itu mencetuskan persoalan: Adakah perbuatan "cover up" seperti yang kita tonton dalam filem Barat dipraktikkan di sini? Sebelum ini kita sering kita membaca berita tentang suspek penjenayah yang ditembak mati oleh polis, benarkah begitu realitinya? Bukan mahu menuduh, adakah tindakan pang..pang...pang begitu mudah diambil sedangkan banyak prosedur yang perlu diambil sebelum sebarang tembakan dilepaskan?

Read more at: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/04/tembak-juvana-satu-berita-tiga-cerita.html

Musa “Merajuk”Jika Rakyat Enggan Percaya Polis

Setelah berdepan dengan pelbagai kontroversi sejak menjawat jawatan ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kita terpaksa pula menjawab mengenai kes terbaru yang membabitkan seorang pelajar tingkatan tiga yang mati ditembak polis.
Malah tekanan berikutan kes ini semakin hebat hinggakan beliau tidak lagi mampu menahan dirinya dan mengugut untuk menarik semua polis dari rondaan.
Mengikut laporan the Star online dan the Malaysian Insider, beliau akan mengarahkan polis supaya tidak mengawas jalan raya jika rakyat enggan mempercayai polis dalam kes ini.
Beliau berkata demikian kepada para wartawan ketika menghadiri kempen menderma darah di Bank Darah Nasional sempena Hari Polis Kebangsaan.
Kematian Aminulrasyid Amzah Isnin lalu menyebabkan kredibiliti Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dikecam hebat oleh pelbagai pihak.

Skandal Kapal Selam Bakal Terbongkar





Oleh erapakatan

KUALA LUMPUR : Skandal pembelian kapal selam Scorpena bakal didedahkan tidak lama lagi apabila peguam dari perancis dijangka tiba ke Malaysia bagi memaulakan siasatan terhadap isu ini.

Peguam Joseph Breham yang sebelum ini memfailkan aduan dalam mahkamah Paris berkaitan skandal perjanjian pembelian berbilion US dolar kapal selam Perancis oleh Malaysia itu dijangka tiba di Kuala Lumpur untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai kes tersebut dan dijadual bertemu dengan anak guamnya, sebuah organisasi hak kemanusiaan suara rakyat Malaysia (Suaram).

Perjanjian pembelian itu diatur oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2002 (ketika itu Menteri Pertahanan) yang didakwa memberikan kuntungan komisen sejumlah RM3.7 bilion kepada rakan sekutu terdekat Najib, Abdul Razak Baginda.

Pembelian itu membabitkan dua kapal selam berdiesel Scorpene yang dibina oleh Armaris, anak syarikat pertahanan terbesar DCN Perancis (dahulunya Direction Des Construction Navales), dan kapal selam lama yang dihasilkan oleh usaha sama antara DCN dan syarikat Sepanyol, Agosta.

Breham, seorang daripada tiga peguam yang memfailkan kes itu bagi pihak Suaram berkata, mahkamah Perancis telah pun memulakan siasatan awal dan beliau akan menasihati anak guamnya untuk mengambil langkah wajar seterusnya.

Selain Breham, Renaud Semerdjian dan diketuai peguam William Bourdon sebelum ini memfailkan permohonan untuk menyiasat dakwaan jika terdapat sebarang unsur rasuah terhadap DCN pada 4 Disember lalu dan turut memfailkan dokumen tambahan pada 23 Februari lalu.

erapakatan


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/04/skandal-kapal-selam-bakal-terbongkar.html#ixzz0mZBYiUx4

Biawak Ini Budak Upahan Umno



PAS Kelantan menganggap blogger Kickdefella, yang mendakwa telah dibiayai RM4 juta parti itu untuk memburukkan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri, sebagai “budak upahan dan suruhan Umno.”

“Dia macam budak-budak, blogger kampung sahaja... jadi bukan standard parti (PAS) untuk membincangkan isu ini (pendedahan Kickdefella)... bukan standard kami,” kata Setiausaha PAS Kelantan Zaki Ibrahim kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi di Kota Baru.

Beliau menolak PAS Kelantan akan membincangkan isu berkenaan.

Sehubungan itu beliau mencabar Kickdefella, nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz supaya menyertai Umno dan berhadapan dengan PAS atas nama parti, bukannya sebagai “budak suruhan Umno.”

“Kickdefella hanya mahu dapatkan publisiti murahan. Kita cabar dia mendaftar sebagai ahli Umno, maka kita boleh lawan atas nama parti,” katanya.

Zaki yang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelaboran mengulas tulisan blog Syed Azidi, yang sebelum ini menjadi tumpuan kontroverasi Menteri Besar Kelantan dan menantunya, mendakwa telah dibiayai RM4 juta untuk memburuk-burukkan kepimpinan Abdullah ketika menjadi perdana menteri.

Menurut Syed Azidi, usaha memburuk-burukkan Abdullah yang menjadi perdana menteri dari Oktober 2003 hingga April 2009 dikenali sebagai Operasi Gerak Saraf.

Beliau menambah, usaha berkenaan dijalankan bagi membolehkan PAS mudah mengatasi Barisan Nasional untuk kekal berkuasa.

PAS memerintah Kelantan sejak 1990.

Kata Syed Azidi, beliau telah membelanjakan sejumlah wang itu sepanjang tiga tahun berkhidmat di Kelantan.

“Sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operasi, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan Operasi Gerak Saraf.

“Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu,” katanya.

“Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan?” soal beliau.

Mengulas soal pembiayaan RM4 juta pula, Zaki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata, PAS tidak akan menggunakan wang untuk berhadapan dengan Umno dan BN.

“Kita tidak guna duit untuk menjatuhkan parti tetapi menghadapi Umno, BN atas nama dasar perjuangan, bukannya wang... kita tidak pernah gunakan wang,” katanya.

“PAS parti yang sudah lama ditubuhkan, bergerak sejak 1951, kami tiada duit, kami pun tidak perlu menggunakan duit untuk melawan,” katanya lagi.

Zaki juga menambah, Syed Azidi, yang pernah dianggap sebagai orang kanan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa sengaja mahu “melaga-lagakan pemimpin” PAS negeri dengan membuat dakwaan-dakwaan seperti itu menerusi blognya.

Polis perlu terbuka terima kritikan rakyat

KUALA LUMPUR, 30 April: Polis digesa bersikap terbuka menerima sebarang kritikan dan bukannya bertindak mengeluarkan kata dua berbaur ugutan kepada rakyat.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, PAS kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang memberi kata dua untuk tidak mengarahkan anggotanya menahan kereta mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram jika tekanan kuat terus diberikan kepada mereka.
Musa dilaporkan berkata demikian sebagai mengulas tekanan yang diterima pihak polis ekoran kematian remaja 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis ketika dikejar kereta polis di Shah Alam, Isnin lalu.
Mengulas perkara itu beliau berkata, polis sepatutnya bersikap profesional dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka.

"Polis dibayar gaji mengunakan wang rakyat jadi tiada sebab Musa perlu arahkan anggotanya supaya tidak bekerja. Sama ada beliau merajuk atau tertekan, ugutan itu tidak sepatutnya dilemparkan kepada rakyat.

"KPN yang kontraknya telah disambung beberapa kali harus bekerja bersunguh-sungguh bagi mendapatkan kepercayaan rakyat. Jika beliau tidak mampu, lebih baik beliau berundur sahaja," katanya dalam satu kenyataan.

PAS katanya yakin, ramai lagi anggota polis yang mempunyai kredibiliti mampu untuk menaikan semula imej jabatan itu berbanding segelintir yang bermasalah.

"Pihak Pengurusan PDRM kena belajar terima hakikat ini dan menerima teguran rakyat secara proaktif," tambahnya lagi.

Polis dakwanya seoalah olah hanya bertindak pantas bila kes sudah menjadi isu dalam surat khabar dan media, sedangkan isu yang tidak diketahui rakyat dipencilkan begitu sahaja.

Selain itu beliau melahirkan rasa kesal ekoran penolakan pihak polis sebelum ini untuk penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) kerana menganggapnya sebagai satu ancaman.

Menurutnya lagi, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguat Kuasa (Siap) yang mengantikan IPCMC juga gagal bertindak walaupun Akta penubuhan agensi itu telah diluluskan tahun lepas.

"Jika mereka menjalankan tugas dengan baik dan tidak melakukan kesalahan, tiada sebab mereka takut kepada IPCMC. Penubuhan Siap jelas tidak siap mana pun," katanya lagi.

Tambahnya, uniform polis bukanlah lesen untuk melakukan pelanggaran undang-undang atau membuli rakyat dan jika polis tidak bersalah rakyat tidak akan menghukum.

Sehubungan itu ujarnya, ketua polis negara akan datang perlu lebih profesional dan tidak cepat melatah menghadapi tekanan sekaligus menumpukan masanya untuk buat kerja bukan buat ugutan lagi kepada rakyat.

Musa Hasan, jangan buat pekak badak



oleh ali :

Salam keadilan buat arwah adik Aminulrasyid. Den bilo baco statement KPN, Musa Hasan, raso nak muntah den. Memang kurang ajar mamat ni.

"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan The Star online. 

Isu sebenar

Isu disini bukan bab menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan. Isu disini ialah ado Polis BABI yang menembak mati pemandu yang memandu kereta secara mencurigakan. Musa Hasan, kau memang bagi lesen kepada anggota kau untuk menembak mati orang yang memandu kenderaan secara mencuriga ko? Kalau lah Kalimuthu atau BentongKali yang ditembak mati menggantikan arwah adik Aminulrasyid, den sendiri akan bangkit membela kematian 2 penjenayah bosa tu. Dalam Islam mano ado hukum 'shoot to kill'. Penjenayah walaupun dilihat memang bersalah, ia perlu dihadapkan ke mahkamah untuk diadili. Bukan diadili dengan 'shoot to kill'.

Norizan Salleh. Gambar ehsan Ummuasiah

Norizan Salleh

Musa Hasan, macam mano dengan kes Norizan Salleh. Wanita itu langsung tak punya pape kesalahan tapi ia ditembak oleh anggota kau sebanyak 5 kali. Norizan Salleh masih hidup lagi tu bai untuk menceritakan pengalaman pahitnya. Kesnya serupa seperti arwah adik Aminulrasyid. Ditembak kerana memandu dalam keadaan mencurigakan. Apo hak anggota Polis menembak dengan sewenang-wenangnya? Pistol hanya digunakan bagi mempertahankan diri bukan menembak kepalo orang hatta penjenayah yang sudah menyerah diri.

Cerita sebenar

Den nasihatkan Musa Hasan dan korang baco entri Ummuasiah di link ini bagi mengetahui kisah lanjut tentang Norizan Salleh dan dari situ korang akan dapat bayangan bagaimana serupanya kes Norizan dengan kes arwah adik Aminulrasyid. Mereka berdua ditembak hanya kerana dicurigai. Betapa malangnya negara ini kerana mempunyai Polis BABI. Bangkit wahai saudaraku untuk menghentikan kezaliman Polis BABI.

Jip Israel Rempuh Mati 2 Kanak2 PALESTIN



Sebuah kenderaan tentera Israel jenis jip merempuh dua kanak2 Palestin hingga meninggal dunia. Peristiwa tersebut terjadi pada Rabu (28/4) petang di bilangan Al-Agwar.

Dua kanak-kanak Palestin itu, Jannah Fuqaha (8) dan Masa Fuqaha (10) maut seketika di lokasi kejadian. Selain mengorbankan dua mangsa yang masih kanak-kanak itu, jip tersebut juga melukai saudara lelaki dan orang tua mangsa.
Beberapa saksi mata mengatakan, keluarga Imad Husain Fuqaha (40), bersama ketiga anaknya baru saja pulang dari lahan kerja mereka berhampiran Jalan 90. Mereka pulang dengan menaiki traktor Namun tiba-tiba, sebuah jip tentera Israel berkelajuan tinggi merempuh traktor yang mereka kenderai.
Seorang jurucakap tentera Israel mengatakan dua kanak-kanak itu "terbunuh dalam kecelakaan di jalan" tanpa memberikan perincian lebih lanjut. (fy)
sumber

Siasat mengapa GMC Lingkup Di bawah Syed Azidi





Salmah & Muhd Yusri

KOTA BHARU, 29 April: Menjelang pilihan raya umum ke-12, Global Media Channel (GMC) diwujudkan lengkap dengan pasukan petugas media bagi menjawab isu semasa yang dibangkitkan pemimpin Umno.

Namun syarikat itu tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri dan PAS Kelantan.

GMC lengkap dengan bilik sidang media dan peralatan audio visual yang canggih. Pejabatnya menumpang di bahagian bawah bangunan tiga tingkat milik sebuah yayasan.

Ketika itu Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang lebih dikenali sebagai Kickdeffela diberi amanah mengetuai GMC.

Menurut sumber, Azidi diberi tanggungjawab mengendalikan GMC kerana dikata orang ada kepakaran dalam bidang berkaitan.

”Namun hampir dua tahun beroperasi GMC bermasalah sehingga seorang demi seorang kakitangan berhenti kerja sehingga ada yang membawa diri ke Kuala Lumpur.

”Mereka tidak senang dengan cara pengurusan yang diketuai Syed Azidi dan isterinya. Ramai yang tidak dapat mendapat gaji, sedangkan pada peringkat awal ada pihak memberi modal bagi mengurus operasi GMC.

”Persoalan mengapa syarikat itu kini lingkup, ke mana duit peruntukan yang disumbang pelbagai pihak. Kita bimbang berlaku silap urus sehingga GMC berkubur,” kata sumber berkenaan.

Sebuah akhbar hari ini memetik blog milik Azidi yang mendakwa beliau menerima RM4 juta bagi melemahkan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri dan memperkuatkan PAS Kelantan.

Sumber itu berkata, sepatutnya satu siasatan dilakukan kerana amanah yang diberi untuk mengurus GMC akhirnya lingkup di tengah jalan.

Ditanya mengenai dakwaan sebanyak RM4 juta diberi pihak tertentu kepada Azidi, katanya, hanya dia yang sahaja tahu kedudukan sebenar sama ada betul atau sebaliknya.

Mengenai dakwaan Azidi mengatakan dia banyak membantu PAS mempertahankan Kelantan pada pilihan raya tersebut kata sumber terbabit, tidak ada asas untuk menyokong kenyataan itu.

Katanya, rata-rata pemimpin PAS di Kelantan pun tidak tahu kewujudan GMC ketika itu sehingga dikatakan Azidi kononnya memainkan peranan untuk melemahkan kepimpinan Pak Lah.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataannya sebelum ini yang mencabar penulis blog Kickdefella membuat laporan polis berhubung tuduhannya terhadap kerajaan negeri dan PAS tidak ada kaitan dengan jawatannya sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar.

“Suka saya memaklumkan kenyataan saya baru-baru ini yang mencabar beliau membuat laporan polis dibuat di atas nama Dewan Pemuda PAS Kelantan dan tiada kaitan langsung dengan posisi saya di Pejabat Menteri Besar,” ujarnya.

Misteri Kehilangan Dua Blok Padang Minyak



A kadir Jasin


ADAKAH benar dakwaan bekas Pardana Menteri, (Tun) Dr Mahathir Mohamad dan akhbar The Edge bahawa Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi telah secara diam-diam menyerahkan dua blok padang minyak (oil fields) kepada negara Brunei?

Dr Mahathir menulis dalam blongnya semalam bahawa Blok L dan M telah secara diam-diam dan tanpa pengetahuan Petronas diserahkan kepada Brunei walaupun Petronas telah menandatangani perjanjian perkongsian pengeluaran dengan syarikat minyak Amerika, Murphy Oil.

Dr Mahathir yang juga Penasihat Petronas berkata dua blok itu dituntut oleh Malaysia berasaskan fakta sejarah dan dianggarkan mempunyai simpanan minyak mentah mutu tinggi sebanyak 1 bilion tong.

Laporan The Edge dan The Brunei Times mendakwa dua blok padang minyak itu tidak lagi dimiliki Malaysia.

Akhbar ekonomi The Edge pada 22 April memetik Murphy Oil sebagai berkata Petronas telah menamatkan kontrak perkongsian pengeluaran untuk Blok L dan M kerana padang minyak itu “bukan sebahagian daripada Malaysia lagi".

Murphy Oil berkata Petronas telah memaklumkan kepadanya pada 21 April bahawa “berikutan pelaksanaan pertukaran surat antara Malaysia dan Brunei pada 16 Mac, 2009, kawasan penerokaan luar pantai yang diberi nama Blok L dan M bukan lagi sebahagian daripada Malaysia.”

Kerajaan wajib menjawab sama ada dakwaan Dr Mahathir dan laporan media massa itu benar atau sebaliknya. Kalau benar, ini adalah perbuatan menyembunyikan maklumat yang boleh dianggap satu pengkhianatan.

Kalau benar, kenapakah padang minyak itu tiba-tiba bukan lagi milik kita dan adakah benar pemilik barunya adalah Brunei?

Adakah ini ada kena mengena dengan penyelesaian yang kononnya telah dicapai dengan Brunei mengenai tuntutan negara itun ke atas Limbang, Sarawak?

Pada 16, 2009 Bernama memetik Abdullah sebagai berkata di Bandar Seri Bengawan bahawa “Brunei telah secara rasmi menggugurkan tuntutannya yang lama ke atas Limbang.”

Abdullah berkata pengguguran tuntutan oleh Brunei itu adalah sebahagian daripada Pertukaran Surat-Surat yang dimeterai beliau dengan Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.

Tetapi dua hari kemudian, pada 18 Mac, Menteri Luar dan Perdadangan Kedua Brunei, Lim Jock Seng, dipetik oleh akhbar The Brunei Times sebagai berkata “isu tuntutan wilayah ke atas Limbang tidak dibincangkan dalam perjanjian-perjanjian yang ditandatangani pada hari Isnin yang menyelesaikan isu dua-hala yang tertangguh antara Brunei Darussalam dan Malaysia.”

Dr Mahathir dalam blognya berkata Kementerian Luar Negeri Malaysia tidak pernah menafikan kenyataan Brunei itu.

Jadi adakah kita kehilangan dua padang minyak kepada Brunei tetapi Brunei tidak menggugurkan tuntutan ke atas Limbang?

Kerajaan Mohd Najib Abdul Razak perlu memberi penjelasan tanpa sebarang percubaan “cover-up”.

Setelah kita kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura pada zaman singkat pemerintahan Abdulllah, kita berhak untuk tahu apakah kepentingan dan kedaulatan kita di Sarawak juga telah disabotaj akibat kedangkalan pemerintah waktu itu.

Kita takut padang minyak yang kita kendong telah berciciran dan pembebasan Limbang daripada tuntutan Brunei yang kita kejar tak dapat.

Kita tidak mahu cerita si Luncai yang terjun ke sungai dengan labu-labunya terjadi kepada kita. Si Luncai tak apalah. Labu-labu itu miliknya. Tapi dua padang minyak dengan potensi hasilnya dianggarkan RM320 bilion itu milik kita. Ia bukan milik mana-mana Luncai.

Saya telah beberapa kali menyuarakan secara terbuka keraguan saya terhadap kemampuan penasihat-penasihat hal ehwal luar dan perundangan Abdullah, khasnya dalam hal Pulau Batu Putih. Keraguan itu terbukti apabila kita kalah perbicaraan menuntut pulau strategik itu pada 23 Mei, 2008.

Soalnya, kalau betul dua padang minyak itu diserahkan kepada Brunei oleh Abdullah, apa yang menteri-menteri dan penasihat-penasihat beliau ketika itu buat? Adakah mereka bersubahat (complicit) atau mereka tertidur?

Kita juga ingin tahu kepada siapa kontrak pengeluaran minyak di dua blok itu diberikan oleh pemilik barunya. Bukan apa, tetapi takut-takut si Luncai terjun ke sungai sambil itu mimum air. Manalah tahu, di depan kita si Luncai buat bodoh, tetapi di belakang dia sapu

Bukan sesuatu yang mengejutkan





Abdullah Ahmad Badawi membaca akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan berita mengenai penulis blog Syed Azidi pada sidang akhbar di Institut Kemajuan Islam Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 29 April - Perbuatan mewujudkan persepsi sebagai perang saraf demi menunjukkan keburukan dan kelemahan kerajaan bukanlah suatu tindakan yang mengejutkan.
Malah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, ia merupakan antara strategi dan permainan politik yang diguna pakai oleh pihak pembangkang untuk dilemparkan kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN).
"Kalaulah betul, saya tidak terkejut dan saya tidak hairan kalau perkara ini berlaku. Itulah permainan politik," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan muzakarah 'Pendekatan Islam Hadhari: Satu Tinjauan anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini, hari ini.
Semalam, seorang penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendakwa diarah oleh pemimpin Pas untuk mewujudkan persepsi buruk bagi memburukkan pentadbiran Abdullah dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.
Beliau yang juga dikenali sebagai Kickdefella mengakui menerima peruntukan sejumlah RM4 juta dalam tempoh tiga tahun untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuk pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, percetakan dan lain-lain bertujuan menggerakkan satu operasi Gerak Saraf.
Abdullah berkata, sebagai orang politik, beliau sentiasa berhadapan dengan kemungkinan dilemparkan dengan pelbagai tohmahan bagi menghentam dan memburukkan dirinya.
"Persepsi orang terhadap saya macam-macam. Tetapi dalam politik memang begitu. Ahli politik hidup dengan persepsi. Tetapi akhirnya rakyat juga yang menentukan," ujar beliau.
Tidak berminat untuk membuat penyiasatan terperinci mengenai dakwaan tersebut, Abdullah juga menegaskan, tidak mahu mengambil sebarang tindakan biarpun beliau boleh berbuat demikian.
Bagaimanapun beliau berkata, bersedia menerima penjelasan Syed Azidi jika penulis blog itu mahu menemuinya untuk menerangkan mengenai dakwaan tersebut.
Dalam pada itu, Abdullah mengharapkan agar Islam Hadhari terus diterima oleh segenap lapisan rakyat supaya dapat menjadi panduan demi kemajuan serta kemakmuran dan keharmonian negara.
Menurutnya, gabungan konsep Islam Hadhari dengan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu mewujudkan satu gandingan yang mantap kerana prinsip amalannya adalah untuk kebaikan dan kemajuan bersama.
Pada muzakarah tersebut, sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan masing-masing oleh Timbalan Ketua Eksekutif Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam (IAIS), Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar; Profesor, Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Tan Sri. Dr. Mohd. Kamal Hassan dan Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.
Ia bertujuan untuk meninjau pendekatan Islam Hadhari di negara ini serta mengemukakan kaedah terbaik dalam penambahbaikan pelaksanaan pendekatannya.

Kaji semula sukatan pelajaran sekolah agama



Sultan Sharafuddin Idris Shah menandatangani plak perasmian Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin sambil disaksikan oleh Muhyiddin Yassin, Khalid Ibrahim (dua dari kanan) dan Mohamed Khusrin Munawi (kanan) di Jalan Kota Raja, Klang, semalam. – Utusan/Saharuddin Abdullah


KLANG 29 April - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Kementerian Pelajaran dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya mengkaji semula sukatan pelajaran sekolah agama di negeri itu.
Baginda bertitah, langkah berkenaan bagi memastikan sekolah tersebut tidak hanya menumpukan kepada pelajaran agama tetapi turut memasukkan sukatan pendidikan Sains, Matematik, Sejarah dan lain-lain.
Titah baginda, dengan demikian sekolah aliran agama akan dapat mengeluarkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang agama dan juga ilmu keduniaan.
''Beta berharap supaya generasi masyarakat Islam pada masa akan datang menjadi sebuah masyarakat berpendidikan tinggi, seimbang di antara dunia dan akhirat serta mempunyai ciri-ciri insan cemerlang.
''Sebagai ketua agama di negeri ini, beta bertanggungjawab untuk memastikan sistem pendidikan Islam berkembang dengan baik dan umat Islam mendapat pendidikan yang sempurna," titah baginda.
Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin yang dulu dikenali dengan nama Sekolah Agama Menengah Tinggi, Jalan Kota Raja Klang di Kampung Jawa di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pengarah JAIS, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.
Dalam pada itu, baginda turut berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah membantu pembangunan sekolah-sekolah aliran agama Islam di Selangor.
Titah baginda, selama ini Kerajaan Persekutuan telah membiayai pembinaan dan penyelenggaraan bangunan sekolah, penempatan dan gaji guru serta geran pengurusan pendidikan.
Tambah baginda, sekolah-sekolah yang mendaftar dengan Kementerian Pelajaran juga mendapat pelbagai bantuan dan faedah.
''Jadi beta mengingatkan JAIS agar memperkukuhkan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran," titah baginda.

Thursday, April 29, 2010

Rasuah BN: Zaid Bakal Ambil Tindakan Mahkamah



Oleh Norasikin Samsi  
KUALA LUMPUR 28 Apr - Calon Pakatan Rakyat bagi pilihanraya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim bersama barisan peguam terkenal akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beberapa unsur rasuah yang membawa kepada kemenangan Barisan Nasional Ahad lalu. 
Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali berkata, ketika ini Zaid yang juga seorang peguam terkemuka sedang membuat penyelidikan dan pengumpulan bahan bukti secara teliti sebelum tindakan tersebut diambil berikutan beberapa kejadian pembelian undi dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh berkempen. 
Menurutnya, perbuatan itu juga akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).     
"Zaid bersama-sama peguam-peguam terkenal sudah mencadangkan untuk menyelidik hal ini dan mengambil tindakan undang-undang terhadap rasuah yang telah berlaku.
"Perkara serius ini juga akan dilaporkan kepada pihak SPRM walaupun kita kurang percaya kepada keberkesanan SPRM dan pihak mahkamah misalnya untuk menjalankan tugasnya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen ketika menghadiri Sidang Dewan Negara semalam.   
Dr Syed juga berkata, Umno dan Barisan Nasional tidak perlu berseronok dengan kemenangan yang diperolehi kerana calon Pakatan Rakyat tidak mengalami kemerosotan undi malah Pakatan Rakyat bertekad untuk meneruskan kemenangan pada pilihan raya akan datang. 
"Ya betul kami kalah dan kami akan bekerja keras lagi untuk memastikan kemenangan dalam masa akan datang. Cuma kekalahan kami disebabkan oleh beberapa faktor rasuah dan Perdana Menteri menafikan adanya rasuah. 
"Sebenarnya tidak ada sebab untuk Umno-BN bergembira sangat dengan kemenangan mereka. Ini ialah kerana dalam pilihan raya yang lalu, KEADILAN telah kalah di tiga kawasan negeri dengan campuran undi lebih kurang 6100. Tetapi kali ini daripada ketiga-tiga kawasan itu mereka menang hanya dengan kira-kira 1,700," katanya. 
Dr Syed juga menyifatkan prestasi Pakatan Rakyat menerusi keputusan pilihan raya kecil kali ini secara umumnya adalah baik. 
"Yang lebih penting dalam soal ini ialah bahawa kalau dulu ketiga-tiga kawasan negeri, kita (Pakatan) kalah tetapi dalam pilihan raya kecil ini apa yang nyata ialah daripada tiga kawasan itu, satu kawasan telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat iaitu Kuala Kubu Bharu, Pakatan mendapat 7,194 undi manakala Umno mendapat 5,153 ertinya lebih kurang 7,200 berbanding dengan 5,200 jadi majoriti 2,000 padahal kita kalah pada tahun yang lalu dengan kira-kira 4500 undi."  
Katanya di Hulu Bernama pula, menunjukkan peningkatan yang sangat baik kepada calon Pakatan.  
"Ini adalah kawasan Melayu dan termasuk di dalamnya adalah kawasan Felda dan kita dapati di kawasan Felda, undi bagi Pakatan telah meningkat dan itu sebab itulah majoriti Umno di Hulu Bernam dapat dikurangkan iaitu apabila Pakatan mendapat kira-kira 5,400 dan BN mendapat lebih kurang 7,200 undi. 
Sementara itu, jelas beliau lagi, di Batang Kali jurang semakin berkurangan apabila Pakatan memperoleh 10,600 undi manakala Umno mendapat 11,600. 
"Ertinya, majoriti telah dikurangkan di situ," kata beliau. 
Dr Syed juga turut mempertikaikan tawaran korupsi sejumlah RM50,000 yang dijanjikan Perdana Menteri kepada peneroka Felda Sungai Buaya sebelum pilihan raya diadakan.     
"Tanah di Sungai Buaya itu telah dibeli oleh syarikat Etika dan syarikat itu telah ditutup. Sebab itulah selama kira-kira 20 tahun peneroka tidak dibayar, tiba-tiba sekarang dijanjikan RM50,000 dengan RM1,000 sudah dibayar walaupun waktu mula-mula dibeli dahulu Etika telah membayar RM100,000 jadi RM850,000 masih tak dibayar lagi dan kemudian syarikat itu telah ditutup.
"Sekarang saya nak mempersoalkan siapakah yang akan membayar RM50,000. Siapakah yang akan menanggung RM850,000 yang belum dibayar?
"Dari manakah punca wang itu akan datang? Adakah ia daripada parti, adakah daripada sumber lain, yang nyata ialah tawaran itu berupa korupsi. Kita tahu juga ada bahawa yang ditawarkan sehingga RM250 dan RM500 malah sehingga RM1,000 kepada keluarga-keluarga tertentu dan kita mempunyai bukti terutamnanya kepada keluarga India dan Melayu dan ini adalah satu perkara yang sangat-sangat serius," katanya lagi.  
Hadir sama Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh dan Senator Pakatan Rakyat termasuk Ramakrishnan Suppiah, Mustafa Kamal Mohd Yusoff dan Mumtaz Md Nawi. 

Polis Dibidas Tembak Remaja Sesuka Hati




Oleh Norasikin Samsi
SHAH ALAM 28 Apr - Barisan peguam aktivis Pakatan Rakyat yang menawarkan diri untuk mewakili keluarga seorang remaja yang mati ditembak polis awal pagi Isnin mendesak Polis DiRaja Malaysia menjalankan siasatan secara bebas, adil dan telus.   
Ketua Penerangan KEADILAN merangkap peguam kes ini, Latheefa Koya membidas tindakan polis yang mendakwa remaja 15 tahun itu, Aminulrasyid Amzah terlibat dalam kes jenayah.
Menurut beliau, tindakan itu melambangkan kelemahan anggota polis sekaligus membuktikan PDRM tidak profesional menjalankan tanggungjawab mereka apabila mengeluarkan kenyataan sebelum siasatan dibuat.
"Kami ada saksi, kami akan 'follow up' isu ini. Kes sebegini tidak boleh berulang lagi. 
"Kami akan bangkit supaya Suruhanjaya Bebas diwujudkan bagi menyiasat kes ini dan polis tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan tembakan kerana ada etika yang sepatutnya untuk berbuat demikian ataupun menggunakan senjata api.
"Dan kami minta anggota yang terlibat digantung keanggotaannya, dilucutkan jawatan mereka serta diambil tindakan disiplin secepat mungkin," katanya pada sidang media selepas menemai ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, 60 membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam petang semalam. 
Sehubungan itu, Latheefa juga berkata, pihaknya akan terus memantau tindakan kes tersebut bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor Yaakub Sapari, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.
Sementara seorang lagi peguam N Surendran tidak dapat menerima alasan yang diberikan pihak polis yang membenarkan polis menembak remaja berkenaan. 
Beliau juga mengecam tindakan polis bahawa mereka tidak memiliki kuasa yang membenarkan mereka menembak seseorang sesuka hati biarpun jika pemandu tidak mempunyai lesen kereta melainkan keselamatan mereka terancam.
"Polis harus mematuhi prosedur sebelum mengambil sebarang tindakan drastik yang mengancam nyawa orang awam," tegas beliau. 
 Surendran turut mengecam kenyataan awal polis yang mendakwa remaja tersebut terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata.
Aminulrasyid ditembak mati oleh peronda polis kira-kira jam 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 Shah Alam, sekitar 100 meter dari rumah mangsa.
Mangsa dikatakan sedang memandu Proton Iswara berdaftar di bawah nombor BET 5023 ketika kejadian. 
Turut berada di sebelah mangsa ketika kejadian, rakan sebayanya. 
Polis juga mendakwa juvana tersebut adalah kumpulan geng samun dan memiliki sebuah parang di dalam kereta yang dinaikinya. 
Mangsa dilaporkan mati ditembak dengan beberapa das tembakan dari arah belakang.