JOM TOLAK ISRAEL LAKNAKTULLAH & KONCO-KONCONYA
Tadi dengar Astro Awani..memang kesian mak dan ayah Arwah. Beliau berharap kematian anaknya dibela dengan seadilnya. Dengar suara Mak Arwah, memang suara dalam kesedihan. Mak mana yang tak sedihnya anaknya dibunuh dan difitnah penjenayah dikehendaki.
Bagi Majlis Peguam pula, mereka mendesak agar pihak Polis meminta maaf. Memang patut pun pihak polis mohon maaf. Malah kenyataan polis bahawa Allahyarham suspek kes samun, masih terngiang-ngiang dalam pemikiran..kalau salah, mohonlah maaf.
Majlis Peguam turut menggesa agar Suruhanjaya Diraja siasat kes ini ditubuhkan agar semua pihak mendapat keadilan yang sebenarnya. Baguslah. Daripada suruh polis sendiri yang siasat, ia akan menimbulkan syak wasangka dan sindrom ultra vires..jadi jika Suruhanjaya Diraja yang siasat, maka kes ini pasti dapat diselesaikan dengan adil. Jika pihak polis tak bersalah, ia boleh mencucikan imej mereka. Tetapi jika bersalah, mereka sepatutnya redha akan hukuman yang dikenakan..bukannya menaburkan fitnah.
Apapun, tadi saya membaca catatan saksi utama dalam kes ini dalam laporan polisnya. Inilah kenyataan saksi utama ini..
Laporan polis rakan mangsa:
1. Remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.
2. Kereta mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.
3. Rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.
4. Beliau dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.
5. Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah.
Dan ini juga kenyataan akhbar kakak mangsa yang memberikan kereta itu kepada Allahyarham..
Ini singkatannya :
1. Kakak kepada Aminulrashid Amzah, Norazura Amzah, 39 mempersoalkan mengapa adiknya ditembak malah yakin mangsa bukan penjenayah seperti yang didakwa.
2. Beliau hanya mengetahui adiknya Aminulrashid, 15, yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mati ditembak ketika ingin membuat laporan kehilangan adiknya yang tidak pulang sejak malam tadi.
3. Katanya, “Ibu telefon pagi tadi memaklumkan adik tidak pulang ketika keluar dengan sebuah kereta Proton Iswara milik seorang lagi kakaknya. “Saya mula tidak sedap hati dan terus bergegas ke rumah ibu kemudian kami sekeluarga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini dan dimaklumkan terdapat kejadian tembak membabitkan seorang remaja yang hanya kira-kira 100 meter rumah ibu di Seksyen 11,Shah Alam”
4. Mereka seterusnya bergegas ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dekat sini namun tidak dibenarkan masuk.
5. Seorang daripada pegawai bertugas di bilik mayat itu kemudiannya mengesahkan mayat remaja berkenaan menyamai paras rupa adiknya yang merupakan anak bongsu daripada lapan adik-beradik dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 di sini.
6. Beliau turut berkata adiknya itu mungkin panik selepas melihat rakannya lari daripada kereta dinaiki mereka.
7. Katanya “Dia baru 15 tahun, takkan seorang penjenayah. Walaupun sukar menghadapi keadaan ini, saya pasrah,”
8. Nor Azura turut menafikan ada parang dalam kereta berkenaan seperti dakwaan Ketua Polis Selangor.
Dan cuba baca berita kat bawah ini. Ini sumber sahih dari blog seseorang yang kenali mangsa..(sini)
Memandangkan kisah benar dah keluar kat paper, aku nak bukak kunci rahsia cerita sebenar..
mangsa ni rupa2nya bestfriend cousin hubby.. so semalam aku pun cuba korek2 apa yang sebenarnya terjadi.. simpati aku pada arwah..
ceritanya bermula malam tu budak 2 orang ni keluar gi hisap shisha, pinjam kereta kakak arwah.. pastu masa nak reverse kereta, dia tergesel 1 kereta dan disebabkan takut xde lesen, dorang pun lari la..
masa lari2 tu, ada motor kejar dorang dalam 5 bijik.. kalo kita kena kejar ngan motor 5 bijik pun takut, confirm pecut lagi laju.. sampaikan salah 1 motor tu tergesel kat divider.. pastu kete dia kena block ngan kete polis, dia pun terkejut n xnak kena tahan, lari dr polis plak.. then polis lepaskan banyak das tembakan.
1 kena tayar. so dorang pun bawak slow nak balik ke rumah.. tetiba arwah baring kat peha kawan dia yang selamat tu.. kawan dia kejut2 dia ckp jgn main2.. pastu nampak kepala dia berasap n bersembur darah keluar.. dia x sedar rupa2nya peluru dah tembus cermin belakang, tembus seat n kena kepala arwah.. kereta terus berjalan n langgar longkang..
kawan dia dalam ketakutan terus tarik beg n lari keluar n jatuh dalam longkang tu.. keluar je dr kereta, polis ramai2 heret n belasah dia tp dia berjaya melarikan diri walaupun 3 das tembakan dilepaskan.. dia balik dalam keadaan ketakutan n menggeletar seluruh badan..
pagi esok, mak arwah telefon kwn2 arwah tny mana arwah.. dia xtau apa2 sampai lah gi polis station nak report anak dia hilang, dia nampak kereta ada tp arwah xde dan terkejut bila polis kata anak dia dah meninggal kat hospital klang..camne ntah dalam paper kata dia reverse kereta n sebab tu polis tembak..
sedangkan kereta dah masuk longkang n dia dah meninggal pun time tu baru kwn dia lari.. dan jugak dalam kereta tu memang xde parang.. dari mana datang parang tu? fikir2kan.. mesti ada benda xkena dalam kes ni, sebab tu polis2 tu ditukarkan serta merta..
dah tembak tayar patutnya kejar jela, tangkap.. lain lah kalau ada balas tembakan.. ni terus2 tembak..sama2 kita nantikan kesudahan kes ni..sekian..
terkejut jugak aku bila salah sorang kawan aku YM aku pagi ni kata cerita yang aku cerita kat entry sebelum ni sama ngan paper Berita Harian harini.. Alhamdulillah, akhirnya kebenaran terserlah..
Nah polis..banyak saksi yang tahu kisah ini. Diulangi, bangkai gajah walaupun disorok, akan diketahui juga..tolonglah wahai rakyat Malaysia..tak kira BN ke PR, kita desak agar satu suruhanjaya diraja diadakan. Heret pembunuh sebenar ke muka keadilan. Walaupun pembunuh itu seorang polis, tapi polis tiada lesen untuk ambil nyawa orang sewenang-wenangnya..melainkan nyawa polis dan nyawa orang awam terancam..tapi setakat ni takda pun bukti menunjukkan Allahyarham serang polis dengan parang..ini semua fitnah..tolong siasat dan bawa si pembunuh ke tali gantung kalau benar ianya bersalah..(kalaulah)…
No comments:
Post a Comment