Tuesday, April 20, 2010

Komandan kem PLKN dibuang




KEM PLKN Cahaya Gemilang di Cherating, Pahang dilihat dari udara.


KUALA LUMPUR – Khidmat Komandan Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cahaya Gemilang di Cherating, Pahang ditamatkan ekoran kecuaiannya sehingga seorang pelajar yang menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berjaya meloloskan diri ‘melawat’ kem berkenaan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan disiplin ke atas Leftenan Komander Azri Ideris itu dianggap wajar memandangkan kes yang sangat memalukan itu tidak sepatutnya berlaku.
Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kecil berdasarkan siasatan dalaman diketuai oleh Pengarah PLKN Zon Pahang, Lt. Kol. Salleh Hassan.
“Siasatan dalaman tersebut jelas membuktikan kecuaian pegawai tersebut. Justeru soal menuding jari kepada Abdul Hadi tidak seharusnya timbul memandangkan kejadian itu bukan kesilapan beliau.
“Ini bukan satu kesilapan oleh dia (Abdul Hadi) kerana ia datang daripada komandan kem tersebut, maka Ketua Pengarah ketika itu berpendapat lawatan itu telah mendapat restu.
“Apabila kita mendapat tahu bahawa berlaku penyamaran di situ, maka kita mengambil tindakan disiplin terhadap komandan tersebut atas kesilapan yang telah dilakukannya,’’ kata beliau.

No comments:

Post a Comment