Tuesday, April 20, 2010

Negara Islam ketawakan Eropah selamatkan Greece



BRUSSELS 18 April - Negara-negara Islam 'ketawa' dengan usaha Eropah bergelut dalam krisis hutang yang melemahkan Greece, sekali gus memberi kesan buruk kepada pasaran terbuka terbesar dunia, menurut ketua Forum Ekonomi Dunia Islam.
Tun Musa Hitam yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkata demikian kepadaAFP di Brussels ketika Kesatuan Eropah (EU) merancang memberi bantuan jaminan bagi membolehkan Athens membuat pembiayaan semula berpuluh-puluh bilion euro untuk pembayaran hutang dan menghapuskan komitmen belanjawan kepada anggota EU.
"Ia (tindakan menyelamat) sama seperti dilakukan oleh negara di timur, negara membangun. Kami ketawa kerana mereka tidak melakukan seperti apa yang mereka ajar kepada kami," kata Tun Musa mengulas keputusan EU untuk melindungi Greece berbanding merujukkan Athens kepada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).
"Anda mendapati negara Eropah dapat menerima apa pun amalan, tetapi berhasil. Malangnya ia kini menyebabkan bencana yang menyebabkan nama dan martabat EU terancam, yang lebih penting ekonominya.
"Cara biasa untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan IMF. Negara-negara membangun melakukannya tetapi tidak EU. Ia mungkin ya, tidak atau mungkin setiap hari," katanya.
Musa berkata demikian selepas menteri kewangan EU bersetuju Ahad lalu, untuk menyuntik 30 bilion euro (RM129 bilion) kepada tabung negara Greece tahun ini jika diperlukan iaitu pada kadar pasaran sekitar lima peratus kadar faedah.
Dengan rundingan EU bersama IMF sedang dijalankan berhubung penglibatannya dan 15 bilion euro (RM65 bilion) pinjaman yang diharapkan pada 2010 dari Washington, Musa tetap menyalahkan sistem Barat sebagai punca malapetaka fiskal Greece.
"Kehilangan sikap 'tanggungjawab, ketelusan dan kewibawaan' jelas tidak ada dalam laporan palsu Greece kepada EU, yang ada dalam kewangan Islam," tegas Musa. - AFP

No comments:

Post a Comment