Tuesday, April 20, 2010

Royalti pasir naik kerana permintaan tinggi



19/04/2010 3:50pm

SEREMBAN 19 April - Kerajaan negeri terpaksa menaikkan bayaran royalti pasir berikutan kekurangan bekalan itu akibat permintaan tinggi dari Melaka dan Selangor.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ketika ini bekalan pasir untuk industri pembinaan di negeri itu mencukupi dan kerajaan negeri memantau permintaan bekalan itu agar ia tidak merencatkan industri itu.
Beliau berkata demikian , demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang ke-12 di sini hari ini ketika menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Lobak).
Katanya, tahun ini kerajaan negeri telah mengeluarkan 20 permit mengorek pasir iaitu lima di Seremban, tujuh di Tampin, empat di Kuala Pilah dan empat di Jelebu.
Beliau memberitahu permintaan yang sangat tinggi dari Melaka disebabkan negeri itu sedang menjalankan projek tambakan laut dan juga di Selangor yang kini sedang membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Bernama

No comments:

Post a Comment