KEPALA BATAS 17 April – Pasangan pengantin biasanya diarak dengan kereta pada majlis perkahwinan mereka. Berlainan pula dengan pasangan Mohd. Azrin Abdul Rani, 24, dan Maslinda Zainuddin, 22, yang memilih diarak dengan kereta lembu pada hari perkahwinan mereka di Kampung Rantau Panjang di sini hari ini.
Menurut Azrin, idea berarak menaiki kereta lembu timbul kerana mahukan kelainan sempena majlis bersejarah dia dan isterinya.
“Hasil perbincangan dengan isteri, saya merancang menaiki kereta lembu pada majlis sambut menantu di kampung saya,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.
Sementara itu di Teluk Intan, impian seorang usahawan muda bersama pasangannya bersanding di udara dengan menaiki helikopter tercapai apabila hasrat itu direalisasikan tengah hari ini.
Mohd. Zulfadli Mohd. Khalid, 20, dan isterinya, Nur Syafinaz Asyirah Shahrizan, 18, tidak dapat menggambarkan perasaan mereka apabila dibawa berlegar-legar di udara kira-kira 15 minit.
Pasangan terbabit menaiki helikopter dari rumah nenek pengantin perempuan di Kampung Selabak Luar dan mendarat di padang Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) sebelum diarak menaik kereta ‘sport’ ke Dewan MPTI yang jaraknya kira-kira 200 meter.
No comments:
Post a Comment