Thursday, April 22, 2010

SPR terus dipertikai kerana pindah pengundi


Dzulfikar Mashoor   
HULU SELANGOR, 21 April: Gara-gara lebih 50 pengundi dari Kampung
Tanjong mengadu bahawa nama mereka tidak terdapat dalam Buku Daftar
 Pemilih mengakibatkan inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengubah
 nama pengundi Hulu Selangor ke Parlimen Selayang terus dibongkar.
Calon Pakatan Rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim(gambar) berkata, SPR seharusnya bersikap lebih adil dalam
menguruskan pilihan raya kecil kali ini.
“Sebagai calon, saya harap SPR boleh bersikap lebih adil, sebab itu
 (Pakatan Rakyat) menyertai pilihan raya (kecil ini),” ujar Zaid di
 Pusat Informasi Media, Kuala Kubu Baru petang tadi.
Beliau yang juga Koordinator Pakatan Rakyat berkata, SPR sewajarnya
 bertindak pantas memindahkan semula para pengundi terbabit ke
senarai asal dalam Buku Daftar Pemilih sebelum Hari Mengundi, Ahad ini.
Gesaan Zaid itu, termasuk membuka banyak kaunter SPR di sekitar
Parlimen Hulu Selangor supaya para pengundi boleh membetulkan
 kesilapan teknikal yang dilakukan oleh SPR sendiri.
“Saya harap SPR bertindak, bukalah kaunter agar para pengundi
 dipindahkan semula ke tempat asal. Saya berharap suatu tindakan
 yang luar biasa,” ujarnya.
Sekiranya SPR gagal berbuat demikian sekali pun, bagi beliau,
para penyokong Pakatan Rakyat dan pengundi sendiri tidak
seharusnya berputus asa.
Sebaliknya, mereka diminta terus bekerja kuat agar amalan tidak
 demokratik sepanjang pilihan raya kali ini boleh diminimumkan.
“Saya harap, kita tidak berputus asa pada jalan yang salah,” ujar beliau.
Selain memberi isyarat yang jelas kepada SPR, beliau turut merayu
 kepada para pengundi terbabit supaya membantu SPR.
Bercakap pada sidang media yang sama,
Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh
(gambar) tidak menolak kemungkinan bahawa
 motif di sebalik pemindahan para pengundi
terbabit adalah inisiatif strategik sempena
pilihan raya kali ini.
Katanya, ini kerana berdasarkan pada
keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 lalu,
undi dari kampung tersebut majoritinya
menyebelahi calon Pakatan Rakyat.
Selain menyalahkan SPR, beliau turut
mempertikai Dewan Rakyat kerana menolak dua kali berturut-turut
usulnya berhubung isu kelemahan SPR.
“Dua kali Parlimen menolak usul saya, SPR pula terus dalam
penafian selepas saya mengeluarkan bukti,” jelas beliau yang
juga Ahli Parlimen Kuantan.
Walaupun SPR dianggap cuba bersikap tidak demokratik dalam
 menguruskan pilihan raya kali ini, beliau berkata, jentera PKR
 akan membuka kaunter-kaunter untuk mengenal pasti para
 pengundi berbaki yang dipindahkan ke Kampung Tanjong.
Demi memudahkan mereka yang terbabit membuat sebarang
aduan berkaitan SPR dan pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor,
 jentera PKR turut membuka talian perkhidmatan bebas, 019-3260874.
Pun begitu, dalam nada menyindir, beliau berkata inisiatif
Pakatan Rakyat bukanlah disebabkan bersetuju dengan sikap
 tidak progresif SPR sendiri.
“Kita (seolah-olah) melakukan kerja-kerja SPR,” ujarnya.
Tuntas dari kes pemindahan pengundi tersebut, beliau
mewakili Pakatan Rakyat mendesak para pemimpin tertinggi
 SPR supaya meletak jawatan sesegera mungkin, sekiranya
masing-masing masih mempunyai maruah dir

No comments:

Post a Comment