Monday, May 24, 2010

Gula berlambak-lambak


Kerajaan mula lambak gula


ORANG ramai berebut membeli gula di pasar raya Mydin di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Bekalan gula di negeri ini dijangkakan kembali pulih selepas pihak Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi negeri (PPDN- KK) mula melambakkan bekalan barangan itu di pasaran semalam.
Pengarahnya, Mohd. Hilmi Mohd. Noor memberitahu, negeri ini telah diperuntukkan kuota tambahan sebanyak 400 metrik tan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2268.5 metrik tan sebulan.
"Hari ini (semalam) kita dah lambakkan gula ini di beberapa buah kedai dan esok (hari ini) anggota dan pegawai kita akan mula mengedarkan gula ke kawasan kampung pula," katanya pada sidang media di sini semalam.
Beliau memberitahu, sekiranya orang ramai masih mempunyai masalah mendapatkan gula selepas ini terutama peniaga dan juga mereka yang akan mengadakan kenduri, mereka boleh pergi ke pejabat PPDNKK.
"Bawa surat dan dokumen yang boleh membuktikan keperluan itu dan kita akan berikan bekalan kepada mereka," katanya yang menjelaskan pihak PPDNKK sentiasa mempunyai stok penimbal bersama mereka.
Dalam pada itu, seorang peniaga kedai makan di Tok Jiring, Mohd. Syawal Mohd. Razali, 29, memberitahu, jika keadaan pulih, dia boleh menjual minuman bekalan semula kepada para pelanggannya.
Mohd. Syawal ditemui di sebuah pasar raya dekat sini yang mula melambakkan bekalan gula selepas PPDNKK menambah bekalan barangan kawalan itu di pasaran yang memberinya peluang membeli 10 kilogram gula semalam.

No comments:

Post a Comment