Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, Zaharuddin dirawat di CCU kerana dikatakan mengalami komplikasi jantung.
''Sehingga tengah hari ini, keadaannya dilaporkan stabil tetapi masih menerima rawatan rapi," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Ismail, sebelum dimasukkan ke CCU semalam, Zaharuddin telah dikeluarkan dari wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan ditempatkan di wad biasa IJN Rabu lalu setelah menerima rawatan sejak 9 Mei lalu.
Sebelum ini, Zaharuddin dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini kerana penyakit ulser dan menjalani pembedahan selama tiga jam di hospital itu.
Bagaimanapun doktor yang merawatnya mengesan beliau turut mengalami komplikasi jantung sebelum dipindahkan ke IJN pada 9 Mei lalu.
Pada pilihan raya umum ke-12 lalu, ADUN Kerdau itu menewaskan Hasanudin Salim dari Pas dengan majoriti 1,651 undi.
No comments:
Post a Comment