Tuesday, May 4, 2010

Polis menipu dalam laporan tembak aminurashid

Laporan polis kawan AMINULRASHID. Apa sebenarnya yang berlaku??


Maaf Mod,

Saya buka thread baru untuk dapatkan reaksi masyarakat Malaysia
tentang isu ini...
Lepas tu, kalau nak merge... merge la...
Tq.


Apa yang sebenarnya berlaku? Kisah ini daripada kawan mangsa. 
Sebelum ini kita mendengar kisah yang dicanangkan oleh pihak
 polis dan disiarkan dalam media. Saya petik:
Pengadu menyatakan:-


















Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki 
kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke 
sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan 
kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor
 pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel 
dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut 
tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan 
melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa 
buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada
 kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, 
salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi
 terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang 
m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan
 laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta
 polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta
 dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga
 orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak 
Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi 
mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang
 dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir 
dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena
 pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas
 riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL
 RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok
 rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang
 daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan
 kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak
saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota 
Polis tersebut lalu balik kerumah.
Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula
 perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan
 saya yang...- Sumber: Perisik Rakyat



Sila bandingkan dengan laporan awal yang dikeluarkan oleh 
pihak polis kepada media, terutamanya tentang "merempuh",
 "mengundur kereta", "samun berkumpulan", dan sebagainya!


Laporan awal yang disiarkan dalam Utusan Malaysia:

Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis


SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah

 (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak
 setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu 
memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11,
 di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu 

kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara 
rakannya berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian,

 dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek 
dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, kedua- duanya kemudian diarahkan anggota polis

 supaya memberhentikan kereta namun mereka enggan, sebaliknya
 memecut laju.

Katanya, ekoran itu, dua anggota polis terbabit bertindak mengejar

 mereka dengan bantuan sebuah lagi kereta peronda yang dinaiki dua
 anggota.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan

 tembakan ke arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka 
berhenti. Kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan.

"Selepas terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan

 diri dan dikejar dua anggota polis peronda," katanya ketika dihubungi
 di sini hari ini.

Khalid berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa 

keadaan remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba 
mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.

"Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, 

anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di 
dalam kereta," katanya.



UNTUK PENJELASAN LEBIH TERPERINCI, SILA LAYARI: www.duniacacamarba.blogspot.com

No comments:

Post a Comment