Sunday, July 25, 2010

Abdul Halim bohong – Tengku Merjan



TENGKU MERJAN
KOTA BHARU – “Dia berbohong dan tidak pernah menghadap Tuanku Sultan walaupun dititahkan baginda.”
Demikian ujar kekanda Sultan Kelantan, Tengku Merjan Sultan Yahya Petra yang mendakwa Pengelola Istana Diraja, Datuk Abdul Halim Hamad berbohong apabila menyatakan beliau telah menghadap Tuanku Ismail Petra beberapa kali di sini dan Singapura baru-baru ini.
Menurutnya, Sultan juga ada menitahkan supaya Abdul Halim menghadap baginda sebelum sambutan Hari Keputeraan pada 29 Mac lalu, namun, beliau tidak muncul-muncul sehingga hari ini.
“Tuanku telefon minta dia datang menghadap tetapi dia beri syarat perjumpaan itu mesti seorang dengan seorang dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid tidak boleh hadir manakala syarat kedua hendak bawa alim ulama sekali,” katanya ketika dihubungi semalam.
Tengku Merjan juga berkata, pelantikan Kolonel Dr. Amir sebagai doktor peribadi baginda telah dipersetujui oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tidak timbul soal statusnya.
kredit : kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment