KUALA LUMPUR - KLCC Property Holdings Bhd. (KLCCP) memperuntukkan RM1 bilion untuk pembangunan baru podium runcit dan pejabat Lot C menerusi program pembesaran hartanah Suria KLCC sedia ada.
Pengarahnya, George Ratilal berkata, pembangunan Lot C membuktikan komitmen KLCCP untuk terus meningkatkan portfolio hartanahnya dengan kualiti aset bertaraf dunia.
"Tumpuan kami ialah mengekalkan prestasi segmen runcit yang memperoleh manfaat daripada jumlah pengunjung yang besar di KLCC dan gandingan penyewa yang mementingkan jenama baru untuk bertapak di Suria KLCC," katanya selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini semalam.
"Lot C merupakan pembangunan besar dan akan menambah nilai ruang pejabat dan runcit sedia ada di Suria KLCC," katanya.
No comments:
Post a Comment