14/07/2010 4:23pm
KOTA BHARU 14 Julai - Kerjasama UMNO-Pas semakin menuju ke arah yang amat positif apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kesediaan beliau untuk bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan perkara tersebut.
Beliau berkata, pertemuan tersebut biarlah dilakukan secara empat mata tanpa membabitkan orang tengah untuk memastikan semua perkara utama dapat dibincangkan.
"Boleh. Bukan setakat dia jumpa saya, saya pun mahu berjumpa dengannya.
"Sebaiknya tidak perlu orang tengah. Jumpa peribadi boleh sangat pada bila-bila masa," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat mingguan Exco Kelantan di Kota Darulnaim di sini, hari ini. - Utusan
No comments:
Post a Comment