Friday, July 23, 2010

Kementerian Pertahanan beli 2 radar

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan semalam mengesahkan pembelian dua unit radar pasif Vera-E, iaitu radar paling canggih buatan Republik Czech yang menelan kos RM7.2 juta.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata pembelian alat itu adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan pengawasan ruang udara negarasecara berlapis.
“Hasil daripada pembelian ini kita memperolehi pemindahan teknologi dalam sistem peperangan elektronik,” katanya.

Dr Abdul Latiff juga memberitahu bahawa pembangunan peluru berpandu pintar pertama negara, Taming Sari, telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 di mana ianya tidak boleh didedahkan kepada umum.

Peluru berpandu Taming Sari pernah dipertontonkan semasa perarakan kemerdekaan beberapa tahun lepas.

Selain itu, kerajaan mengadakan rundingan dengan syarikat pertahanan utama tempatan, Deftech Sdn Bhd, mengenai pemilikan 257 unit kereta perisai (APC) 8x8 AV8 kerana syarikat itu adalah syarikat tempatan yang ada kepakaran dalam pembinaan kereta perisai. -Bernama

No comments:

Post a Comment